AhLan..

Memaparkan catatan dengan label Muhasabah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Muhasabah. Papar semua catatan

04 Oktober 2011

Maaf, ana sudah bertunang...

Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"

Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."

"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."

"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."

Ibu angguk perlahan.

Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.

"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

"Bila enti menikah?"

Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.

"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak! " Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.

"Insyirah, jom makan!"

Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

"Tafaddal, ana puasa."

Sahabiah juga semakin galak mengusik.

"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"

"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.

............ ......... ......... .........

"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."

"Tenangnya.. . Subhanallah. Allahuakbar. "

"Ya Allah, tenangnya... "

"Moga Allah memberkatinya. ..."

Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.

Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.
Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.
Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.

Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."

Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...

"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."

"Allahuakbar. .." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan.. ."

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.

"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."

******************
Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.
 

07 Disember 2010

Rintihanku..

Bismillahirrahmanirrahim


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam.  Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, ahli keluarga, dan sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, 
telah berlalu setahun dalam hidup kami.  Sesungguhnya Engkau telah menganugerahkan kami nikmat-Mu yang tidak dapat kami menjangkau kehebatannya.  Engkau telah memelihara kami daripada keburukan yang tidak mampu kami menolaknya.  Kami telah melakukan dalam tahun tersebut perbuatan dan amalan yang Engkau Maha mengetahui baik dan buruknya.


Ya Allah, 
Sekiranya amalan tersebut bersesuaian dengan ketetapan-Mu, terimalah dan catatkannya sebagai amalan soleh kami di sisi-Mu.  Dan sekiranya amalan tersebut berbaur dengan sifat riya’, ujub, dan menunjuk-nunjuk atau kami lakukan perilaku dosa, kesalahan dan keinginan yang buruk, maka kami pohon pengampunan-Mu dan tutupilah segala keaiban dan kesalahan.  Ya Allah terlalu banyak perkara salah yang telah kami lakukan dan tidak Engkau redhai, malah Engkau juga tidak pernah melupakannya, namun Engkau telah berlemah lembut  ke atas kami walaupun Engkau berkuasa untuk menyiksa ke atas kami ya Allah. Ya Allah..wahai Tuhan kami, telah Engkau berikan peluang supaya kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat dan segala dosa ke atas Engkau. Ya Allah...Ya Rahman..Ya Rahim..kurniakanlah ke atas kami kelebihan dan keluasan sifat pemurah-Mu.  Semoga peluang untuk bertaubat itu masih terbuka untuk kami. Ya Allah..Itulah kemuncak permintaan dan doa kami.


Ya Allah, 
Sesungguhnya telah datang kepada kami tahun baru setelah kami meninggalkan tahun ini sebentar nanti, kami tidak tahu apakah yang terkandung dalam pengetahuan-Mu mengenai diri kami.  Kami jahil ke mana arahnya penghidupan kami di alam maya ini.  Harapan kami agar Engkau membuka lembaran tahun baru ini pintu taubat yang jujur dan tulus untuk kami, yang tidak berakhir dengan kekufuran dan kesesatan.  Dan Engkau kurniakan taufiq kepada kami pada tahun ini untuk melakukan amalan-amalan soleh yang Engkau redai, kehidupan yang murni yang Engkau rahmati.


Ya Allah, 
Peliharalah anggota kami agar melakukan ketaatan kepada-Mu.  Peliharalah hati kami agar dipenuhi dengan kecintaan.  Lapangkan hati kami agar dapat kami mendekati-Mu seperti mana Engkau telah lapangkan hati hamba-hamba-Mu yang soleh.  Jadikan kami di antara orang-orang yang menepati janji dalam menjalankan hak.  Jadikan kehidupan kami sebagai saksi yang benar terhadap setiap amalan seperti mana yang Engkau syariatkan kepada kami, Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah, Yang Maha Penganugerah.



ira..keep it up..never lose hope


23 November 2010

suka suki ~ gura guri 3 bulan nie

Assalammualaikum w.b

uihhh...terkejut saya..
dahsyat tu..rupanya dah 3 bulan tak hupdate blog
kesiann..
bz sgt ye?
apa yg di bz kan sgt tu?
takpun sengaja bz kan diri kan =)
kata nabi, gunakanlah 5 waktu sebelum 
datangnya 5 waktu yg lain..


PROPOSAL

Kekasih hatiku sepanjang tempoh tiga bulan ni
selain Allah, Rasul dan family.
Proposal menjenguk minta diberi perhatian
mengada2 la proposal ni kan?
mungkin sbb kurang kasih syg kot..
maka dengan penuh senget dan berjurai2 air mata ni
maka ku cuba hadirkan sepenuh rasa cintaku
takpe..biar apa pun perasaan yg hadir
akn ku gagahi jua. penuhi segala permintaan yg dasyat ni
lumrah..bila dah bercinta, komitmen kena bagi
walau hati tak sayang..kan?
tp ya Allah..kau segala yg Maha mengetahui
akhirnya..rasa cinta ni hadir sedikit demi sedikit
tanpa disedari
Insyallah..akan ku juangkan dan pertahankan ia
demiMu ya Allah
demi agamaMu ya Allah
'Hujjatul Islam'


KEKUATAN
hurmmm..bosannye..
bile lafaz 'bosan' ni terkeluar
tiba2..isyhh...haipppp...!! ayakkk..dush3x!
Maka Allah hadiahkan sesuatu
ye..isilah masa itu supaya kebosanan tu hilang
kata nak infak diri untuk Islam kan?
So..prove it!
Alhamdulillah
ada ruang dan peluang itu
Bertalu2..berderet2..berminggu2
Tp saya sedih
coz saya tak mampu berikan terbaik
dan sempurna seperti yang diharapkan
Hingga kini ketakutan dan kegentaran tu masih ada lagi
Nak cabar diri?masyallah..saya takut dengan diri sendiri
Plz 'jgn berada dalam zone selesa' 
pesanku untuk diri sendiri.
Allahurabbi..berikanlah ku kelapangan dan kekuatan hati




MEDAN JIHAD ~exam~


Syukur Alhamdulillah
exam dah habis tepat jam 11 pagi pada 22 nov 2010
walaupun hanya dua paper untuk sem ni
tp kerisauannye tetap luar biasa.
Sebelum masuk dewan exam,
biasanya pasti call mak n ayah
mohon restu dan maaf.
Anakmu ini terlalu banyak mengguris hatimu
peristiwa pagi tu takkan saya lupa
saya simpan sebagai teladan
sumpah! saya takkan ulangi..
kesedihan ini saya pendam supaya ia perisai buat saya
hangatnya pelukan mak 
kasarnya tangannya ayah bila bersalaman
akan saya simpan..
saya nk jadi anak bertuah
anak yang bawa syafaat
walau tak semudah yang disangka..
Allahumma ameen..




RINDU
ye akak rindu..sob2..
hurmmm..terlalu merindui
walaupun akk tau korang dah bosan mendengarnya
tp tetap nak menzahirkan juga
akak rindu
masih terasa angin pantai di sana
masih tersisa sentuhan itu
masih teringat saat itu
masih terbayang kisah itu..
masih terbayang gelak tawa kita 
masih terasa basah dijari kesan air matamu
masih terngiang kata2 semangatmu
masih terkesan semangatmu
masih terhidu wanginya ukhuwah itu
Ya Allah...
akak rindu........rindu...
dari jauh..hanya doa rabitah ni
menjadi penghubung hati antara kita..
'kak yus...... =('





Terbangkan aku lagi ke sana..

9-12 Oktober 2010

NANGGROE ACEH DARUSSALAM

Ya Allah..terbangkan aku lagi ke sana..
bagi mencari sisa-sisa kekuatan 
sebagai bekalan diri sekarang dan masa depan
Allahurabbi..
Indahnya Naggaroe itu
daerah yang pernah Kau musnahkan
dan kini Kau jua yang memartabatkannya kembali
ye...aku ingin ke sana lagi..
insyallah..Allahumma ameen..ya Rabb..


Malam ni tetiba rasa sentimental..mungkin selepas tengok kembali video rakaman rombongan kami ke Acheh lebih kurang dua bulan lepas. tersenyum sendirian..emm...dalam hati 'teringin nak ke sana lagi' insyallah moga ada peluang. terlalu manis pengalaman sepanjang 4 hari berada di Banda Acheh.

wisata spiritual Aceh ni di organizedkan oleh 4 orang sahabat iaitu en mior, pak surya, ilani dan azira..(thumbs up utk dorang k!!). betapa respeknya kami kat dorang ni. yela..sanggup pilih tugasan bagi menganjurkan lawatan (ye..finally lorang dapat A kan, alhamdulillah). mabruk2.

Berbekalkan 1 juta rupiah (kayo den..!), serta passport yang masih baru dan berkilau2..maka kami terbang ke aceh pada tarikh 9 oktober 2010. terbangnya kami ke aceh dengan filefly (yang tak brapa konfiden akan selamat..mungkin krn pilotnya asik langgar awan je..huhu) dengan tujuan bagi melihat semula pembangunan Aceh pasca Tsunami (2004). Bagaimana ia boleh dilihat dari aspek tasawur dan epistemologi Islam (ha hamik kau..tajuk berat ni..siap masuk exam lg baru2 ni).



penerbangan mengambil masa lebih kurang 1 jam 40 minit. apabila firefly ni dah melalui kawasan aceh..hati dah jadi sayu 'ya Allah tempat ini yang pernah Kau turunkan musibah satu masa dulu..aku ke sini bukan untuk menguji kehebatan dan kekuasaanMu tetapi untuk muhasabah dan merenungi diri yang sangat dhaif dan faqir ini, berikanlah kesempatan ke atas kami ya Allah..bukakanlah hati2 kami ini supaya ia lebih dekat dan gentar denganMu'


Sebenarnya sebelum berangkat ke Aceh lagi Pak Surya (bekas ahli parlimen Aceh) telah maklumkan bahawa dah tak banyak kesan-kesan Tsunami di sana. Hanya ada beberapa kesan yang sengaja ditinggalkan sebagai peringatan dan iktibar bagi mereka yang masih hidup. It's ok Pak Surya, dapat jejak kami ke Aceh pun dah besat rahmat. Aceh dalam proses membina sebuah bandar Islam. Ini yang kami nak lihat..kekuatan dan kesungguhan saudara seIslam kita di sana. Sebagai semangat kita kat sini pula..

Apabila tiba di lapangan terbang Sultan Iskandar Muda (Bandara SIM), kami dapat lihat dgn jelas..lapangan terbangnya macam masjid!! sangat cantik kalau tengok dari jauh..hebat2..

Oleh kerana terasa malas nk cite pjg lebar..jadi saya upload beberapa keping gambar ye..sebagai kenang-kenangan dan pengajaran bersama..=) (peace!)

Bandara Sultan Iskandar Muda

Perkuburan massal yang pertama
Salah satu tempat persemadian mangsa Tsunami
Masjid Raya Baiturahman
(Salah satu masjid yang terselamat ketika kejadian Tsunami)
Sebelum solat maghrib
Pemandangan waktu malam
Perkuburan Massal Kedua. Al-fatihah bagi mereka yang terkorban

Bergambar beramai-ramai di hadapan perkuburan massal kedua
Di hadapan Masjid Baiturahim
Salah satu masjid yang turut terselamat
Kapal yang telah tersangkut di atas rumah penduduk dan
 dapat menyelematkan lebih 50 orang mangsa
Kapal Apung. Beratnya lebih 40 tan. turut terdampar sejauh 5 km dari lautan
Ni yang paling best..dapat menghadiri walimah saudara pak nizam
keluarga besar Aceh meraikan kedatangan kami
Makan malam...ditepi laut. juga ditaja dari bapak rektor IAN ar Raniry
'morning coffie' kata orang aceh..

Syukur..Alhamdulillah...dapat menjejakkan kaki ke Aceh walaupun cuma 4 hari. Jauh di sudut hati saya, sangat menganggumi semangat orang Aceh. persepsi saya berubah! ye..benarlah..ujian yang hebat untuk mereka yang hebat juga. Layukalifullahhunafsan illa wus'ha.. Aceh kini lebih hebat dari Aceh sebelum Tsunami. Hasil daripada seminar, perbentangan kertas kerja, diskusi dan lain-lain lagi..kami dapat lihat dengan jelas, bagaimana usaha mereka bagi menjaga kedaulatan Acheh yang pernah dianggap sebagai serambi Makkah satu masa lalu. ye jelas..nk memartabatkan Islam di sana. Kami juga turut difahamkan, setiap hari jumaat sekiranya terdapat kes-kes tertentu, maka akn dijalan hukuman hudud disana (antaranya zina dan minum arak..masyallah..). Kalau disekitar tempat awam, jangan harap le nak jupe muslimah yang tidak bertudung. Bagi mereka, satu perkara yang memalukan sekiranya tidak memakai hijab. 

Itu belum lagi jika melihat di sekitar jalan raya utamanya..penuh dengan slogan ibadah dan inzar. Saling mengingati. kat mana2 pun kita bergerak..terasa inzar itu ada di mana-mana sahaja. kata sorang sahabat 'eh2...takde pun iklan pakai seksi2 kat sini?' hehe..(tak pasti...tu sebenarnya soalan ke ayat penyata). Masyarakatnya pula sangat menghormati tetamu. sungguh! rasa cm tetamu VIP je..Padahal kebanyakan mereka yang menyambut kedatangan kami merupakan bapak2 penting dan rektor2 besar di Aceh..tetapi layanan dan percakapan mereka yang sopan serta berhemah serta sanggup turun di tempat-tempat orang kebanyakan sebenarnya telah mengikat hati saya untuk ke sana lagi. Itu belum masuk bab makanan..perghhhh...(sedap hingga jilat ke siku tau). Rupanya kena selera Aceh dengan penang ye..=)

Emm..itulah hebat dan lebihnya Aceh. Entri kali ni pun hanya mampu mencerita serba sedikit je. kepada sesapa yang ingin tau lebih panjang lebar, bolehla menghubungi saya (waktu pejabat je n tlg sediakan pengeras sekali). 

Alhamdulillah kami tiba di Penang dengan jayanya pada hari sabtu dengan membawa 1000 memori dari Atjeh Darus Salam

Bacaan doa sejurus turun dari Firefly penang

Insyallah moga cadangan pak nizam jd kenyataan..katanya nak bawa kami ke Pulau Sinabang Aceh (klu tak salah ejaannya) pula selepas ni. Allahumma ameen.. 

Teluk Sinabang

05 Ogos 2010

PerJaLanan Yang Terasa Makin Jauh dan Sukar



Syukur Allahmdulillah kerana dengan kasih dan sayang dariNya saya terus bernafas dalam nikmat iman dan islam dalam hati ini..


rupanya dah sebulan saya tak tidak menulis apa2 entry dalam blog ini..bermakna selama sebulan jugalah terlalu byk perkara yang telah dilalui.. 


4 JULAI 2010 : mana mungkin boleh dilupakan tarikh ni. Berkumpul seluruh ahli keluarga (kecuali kakak yang berada di Swiss). malam ni kami makan besar.. big bro belanja sup ketam kat Juru..perghh..sedap gile. tp bukan nk cerita betapa bestnya seafood tu..tp seronoknya bila sesekali dapat berkumpul bersama semua ahli keluarga. menghepikan diri, menenangkan fikiran dan yg penting bertambah kasih syg sesama ahli keluarga. emm..ada juga kek coklat chees..ha..special untuk bufday saya..huhu..dah lama tak dpt surprise kek camni..alhamdulillah..terima kasih to my lovely sis in law..kak nora. 1st time tau merasa kek camni..sedap!! Sebenarnya makan besar malam tu nak rai byk perkara juga..Pertama 'welcome home to maksu..sempena dah habis belajar kat ganu..', Kedua ' meraikan bufday maksu n afif danial', Ketiga 'sempena graduation day nanti' dan Keempat 'wedding anniversary abg chaq n kak nora'. alhamdulillah..moga ikatan keluarga kita terus dilimpahi rahmat dan keberkatan dari Allah..mesti mak ayah pun hepi mlm tu kan..

Menerusi firman ALLAH yang bermaksud: “Dan di antara tanda kekuasaannya ialah menjadikan untuk kamu dari diri kamu sendiri pasangan-pasangan untuk kamu menenangkan diri kamu kepadanya, dan Dia menjadikan antara kamu perasaan kasih-sayang dan kasihan belas” (Ar-Rum : 21)

bertambah usiaku beerti bertambah jauh lagi perjalananku..

5 JULAI 2010 : sebenarnya malam tu dah tak  boleh tidoq. masih kalut packing barang2 n segala persediaan untuk pendaftaran ke USM. Hati masih gundah gelana. rasa tak seronok dan macam2 juga yang sedang runsingkan..Tegarkan hatiku ya Allah.. ku tarik nafas sedalam mungkin..ku hembus sambil menyembut namaMu ya Allah..bantulah aku..semasa sampai di sekolah sains kemasyarakatan, hati rasa sedikit gumbira bila dpt jumpa Dila dan asma. syukur..ada juga kwn2 lama kat sini. Pagi ni ada orientasi ngan school masing2. Berdebar juga bila melangkah masuk dalam bilik meeting C05 (macam biasa..saya diantara yg paling lambatmasuk). Sebaik sahaja duduk atas kerusi, terasa betapa hebatnya keluarga ISDEV ni. berseri2 je wajah2 pensyarah dan pelajar2 MISDEV. Majlis dimulakan dengan bacaan asmaul husna, nasyeed (zikir) dan tazkirah. terasa rendah diri je bila berada dikalangan keluarga ISDEV. terlalu banya kelemahan dan kekurangan diri. emm..mungkin ada hikmah kenapa Allah tempat saya di 'ISLAMIC DEVELOPMENT n MANAGMENT' . untuk kuatkan tarbiyah dan islah diri...insyallah. Seterusnya diteruskan slot2 tertentu yang memberi penerangan mengenai ISDEV. Bagi MISDEV10 kali ini telah ditentukan bahawa 70% adalah disertasi dan 30% coursework. maknanya penumpuan lebih kepada menulis tesis dan hanya terdapat 4 kelas untuk 3 semester.

ye..ku sedar..tidak ada pilihan lain saat ini. laluan yang telah terhampar luas untukku. akan ku teruskan walau apa yang terjadi. telah Allah tetapkan untuk saya terus berjuang di medan universiti sekali lagi. mungkin juga Allah masih mahu untuk ku betulkan segala kekurangan dan kekhilafan diri selama ini.

Firman Allah dalam surah Al Imran : 142 yang bermaksud:   
“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, pada hal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu dan belum nyata orang-orang yang bersabar.”

Firman Allah yang lain dalam Surah Az Zumar;10 yang maksudnya:

“Sesungguhnya diberi ganjaran orang sabar dengan pahala tanpa hisab.”


6, 7, 8, 9 JULAI 2010 : minggu pertama berada di USM, macam2 jadi..kelakar pun ada. saya, dila n asma memang patut diberi gelaran 'the best risk taker'. kalau ikutkan kami ni perlu register asrama 6 julai. tp mengada2 amik keputusan sendiri untuk register 5 julai jugak. sehinggakan terpaksa skip slot orientasi bersama school sebelah petang tu. huhu..tak pasal2 nama jadi pemes tau. aduh..malu jugak..tp setelah di 'push'..maka teregisterlah kami  lebih awal dari orang lain. kalau ikutkan, kami hampir menangis masa dalam proses pendaftaran tu..dan kalau tak kuat semangat memang dah balik rumah rasanya..tak faham jugak proses register kat sini. tp Alhamdulillah..Allah bagi juga sedikit kekuatan untuk teruskan juga sehingga selesai proses pendaftaran pengajian dan desa pada hari tu. maka tercampaklah kami bertiga di Desasiswa Bakti Permai =). syukur..

Desa ni dekat dengan school. jadi tak perlu naik komuter untuk ke kelas..juz jalan kaki. Alhamdulillah..boleh juga mengamalkan senaman jalan kaki setiap hari. nak kata dekat sangat..tak juga..tp oleh kerana alam sekeliling yg cantik, tenang dan sejahtera..maka rasa best je jalan kaki (walaupun lelah juga sebenarnya..huhu. sekaki payung dan sebotol air jadi teman sepanjang jalan).tapi takpe..akan biasakan diri. terapi yang baik utk minda dan fizikal.

pelik juga..setelah berhari-hari berada disini, masih belum terasa bahawa saya dah jadi sebahagian daripada warga kampus ni. terlalu asing walau berada di bumi sendiri. konfius..emm..apa yg dicari ye?kenapa rasa camni?mata melihat dan cuba menafsir apa yg ada disekeliling..masih berusaha..


Postgraduate Welcoming and Oath Taking Ceremony

ucapan daripada Dato' NC
Akhirnya..dapat juga apa yang dihajati. pada 9 julai 2010, semua postgraduate students dijemput ke majlis angkat sumpah di dewan Tunku Syed Putra. ucapan daripada NC, TNC dan dekan IPS sangat memberi kesan pada diri. Selain ucapan tersebut, majlis ni juga memperkenalkan barisan majlis tertinggi USM, slide show universiti, lagu menara ilmu, serta mesej2 lain yang disampaikan yang menunjukkan betapa tingginya harapan universiti pada para pelajarnya. Maka..semangat perlu ditiupkan semula, perubahan dan usaha perlu dilakukan dari saat ini juga..insyallah..

Allah berfirman yang bermaksud: 
"Demi sesungguhnya kami akan menguji kamu dengan dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan berasa) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar." (Surah al-Baqarah, ayat 155).

Allah menjadikan malam itu untuk kamu berehat di dalamnya, dan siang itu terang benderang (untuk kamu berusaha). Sesungguhnya Allah sentiasa melimpahkan nikmat-Nya kepada manusia seluruhnya, akan tetapi banyak manusia tidak bersyukur”.
(Surah Al-Ghafir ayat 61)

"Kesabaran itu menguji ketabahan seseorang. Setiap kesabaran yang disusuli dengan keikhlasan akan menjanjikan ganjaran yang lumayan di akhirat"

..infak diri untuk agama..

30 Jun 2010

sengetnya rase..


salam alaik

sekejap je masa berlalu..tak sampai seminggu saya akn daftar kat usm. tp tak pasti..selepas byk pkara yg sudah diuruskn..jd ragu2 pulak. kenapa? betul ke ni? comform dah? ada masa lagi tak klu nak patah balik ? soalan ni bertalu2 datang..hmmm..Allah sedang menguji

mana pergi semangat ku yg dulu? kenapa ragu2 ni datang waktu ni? mungkin byk prkra yg sgt tak terjangka terjadi skrg ni..dua bulan kat kampung..mcm2 kena face..lepas satu..
satu lagi yg hadir..

down

down..

dan terus down..

tp masih lagi teruskan persiapan..

ada yang menyokong utk saya sambung study ke pringkat master..
tp tak kurang jugak ada yg sgt tak bersetuju..
'ingat umur tu muda lagi ke?'
duit amik mana? yuran kan mahal..
dahtu..bile nak kawen? sudah2lah belajar..

yup..bohonglah kalu semua ni sy tak pikir..
berpusing2 kat kepala nih..

Allahurabbi..yassir wa la tua'ssir..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...