AhLan..

Memaparkan catatan dengan label UDM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label UDM. Papar semua catatan

02 Mei 2010

Berakhir Sudah..~ 12 april 2003- 27 april 2010 ~

27hb 1pril 2010 tamat sudah paper terakhir di udm..alhamdulillah cz dapat juga berpeluang amik exam kat dabs. selesai je paper sosiologi pembangunan tepat jam 12.30 tgh selasa maka tamatlah perjuanganku sebagai pelajar udm..cuma doa tetap diteruskan..moga exam terakhir ni cemerlang hendaknya..ameen..dan insyallah Dewan Besar Mukhtafi Billah Shah juga akan mnjadi saksi majlis graduasiku..moga konvo kali ni dapat lbh byk kenangan dari konvo masa diploma dulu. sujud syukur dan lafaz tahmid je yg mampu dilakukan saat ni..tak sangka Allah berikan jalan dan kekuatan sehingga mmpu bertahan selama tujuh tahun di bumi terengganu..sudah sampai masanya saya perlu balik ke tempat asal bagi mencurah segala idea, tenaga, masa dan wang ringgit di sana pula.

terima kasih tidak terhingga buat semua pensyarah dan staf jabatan sn sosial yg terlalu byk bersabar dan mendidik kami. menjadi kak long dan abg long bagi kos ni bukan mudah..byk mehnah kena lalui supaya menjadi perintis yg terbaik as daie n anthropology ikutan adik2 dan model dalam masyarakat. bukan ringan taklifan yg Allah beri. suka lah utk saya menyenaraikan bonda dan ayahanda dari jabatan sn sosial dan pnsyarah import lain yg banyak bersusah pyah demi kami. ucapan terima kasih sekali lagi buat Kj- En Che Wan Takwa, Prof hadi Zakaria, Prof Madya Dr Ramle, Ust RAzali, En Wan Nasir, Dr norizan, Puan hafiah, pn Azlina, cik nurul. pastu bagi pnsyarah dari luar prof Ismail, prof mohd nor nawawi, dr Bazli, dr azlan, dr Fadzli, dr asyraf, ust aman daima, ustazah salimah, ust zawawi, dr basri dan lain-lain lagi. hanya Allah je yg mampu balas..terima ksih byk..moga ilmu yang diberi akan diaplikasi sebaik mungkin..

saat2 akhir brsama shbt2 n kwn2 udm ni kami lalui dengan menenangkan fikiran dilata tembakah. setelah 4 thn plain nk g sana..bru kali ni dapat..em..best3x..lagipun masa baru smpai tak ramai orang.jd, agak mudah utk berpoya2 tanpa gangguan..dengan berbekalkan nasi bungkus yg sangat mahal ditambah plak dengan jajan2 yang baik utk minda..maka kami habiskan sepagi di lata..tak dapat nk lepak lama2..coz tghari dah hujan..tp alhamdulillah dan cukup puas hati..

pastu..lastly kami bersama dgn jabatan pd tarikh 29hb lepas..jabatan telah berbesar hati buat majlis terakhir utk kami. kredit to en che wan takwa, dr norizan dan puan hafiah..krn sudi mendengar luahan rasa kami selama 4 thn berada dibawah jbtan sn sosial. ada yg nangis2..meluahkan apa yg terbuku dihati..sy dapat rasakan betapa bukan mudah nk melafazkan ucapan selmat tinggal pada kwn2 yg selalu menjadi pendamping setia bersama2 melalui susah senang belajar di udm..

bt kawan2ku jua shbt2 ku..mena, kak na, ida, ayu, farah, sakinah, bie, dayah, asma, kak ti, kak huda, kak ainul, dila, tikah, azah, ct, biha, imah, jun, jeh, erin, fizah, kak liza, timah, kak deb, kak dik ah, nora, farizah, syidah, tie, azma, mawi, sabir aizat dan ja..maafkan segala salah dan silap saya..sama ada yg sengaja atau tidak. jgn disimpan dalam hati ye..kdg2 manusia tak sedar dia sedang melakukan kesilapan..sy hepi sgt dengan korang..hanya Allah je yg tau apa yg dirasakan setiap kali kita kumpul sama2..kenangn dalam kelas terutamanya..kat situ tempat kita mencorak peribadi..trimas ye kwn2!!! moga ukhuwah kita terus berkekalan..



bersama dr zan selepas majlis anugerah dekan



ni le kat lata tembakah..possed diberikan b4 terjun dalam sungai




ni lak majlis annual dinner boss club kali prtama bertempat de riyaz
tibe2 tingat lak lagu 'berjuta batu' nyanyian alleycats



ni kenangan kita bersama en KJ selepas kelasnya yang terakhir. walaupun beliau agak sbuk pg tu..tp masih smpat nk possed ngn kami sume



ni gambar selepas kita amik exam utk paper terakhir..kire cm fresh graduate la..masing pegang slip pekse..hepi je masing2..wlupun sbnarnya susah juga paper td..huhu..


doa saya moga kita semua diberi kejayaan di dunia dan akhirat.. ku dedikasikan lagu ni khas utk kgkwn2..shbt2 n adik2 ku..


BERJUTA BATU

Berjuta batu jauhnya

Akanku tinggalkan cinta dan rindu
Padamu kasih
Aku berjanji
Akan tetap setia selalu
Berjuta batu jauhnya
Akan kutinggalkan dirimu
Lautan akan kulintasi
Demi suatu pengorbanan
Bunga-bunga berguguran di sinar bulan
Akan kubawa untukmu segalanya
Taburkanlah bunga di pusaraku
Andai tiada kupulang
Cintamu tetapku kenangi
Walaupun hingga akhir nanti


29 Mac 2010

emm..tak lama lagi dah kan..



malam ni terasa nak menulis pulak..padahal tesis dah nk kena hantar. mungkin bila hati betul2 tersentuh, jadi..tangan laju je rasa nak meluahkan apa yang terasa selama ni. sebenarnya ptg td..baru je balik dr ziarah seorang sahabat ni.hmm..entah kenapa hati ni terkilan sgt..tersentuh dan tak sanggup melihat mata sahabatku itu. insyallah 5hb 4 ni beliau akan dihantar pulak ke hospital kota bharu.moga2..cepatlah beliau sihat dan habis belajar dengan cemerlangnye..insyallah..nanti mesti kita boleh konvo sama2 kan nazhulhayah?

sebut pasal konvo..rupa2nya dah nak habis belajar. dah tujuh tahun rupanya kat terengganu ni. tp..tak pandai2 cakap ganu. maknanya takde can lah nk cari org ganu kot.hak2. dulu..masa habis diploma, pening dapat smbung study atau tak. dan bila dah habis degre ni pulak..pening nak kije atau nak belajar. susah juga nak buat sebarang keputusan..semuanya tak komfom lagi. bukannya dlm tangan kite semua ni kan..
tapi hati ni terasa nak balik tinggal di kawasan utara je.tak nak merantau lagi..pe2 pun..Allah yang akan tentukan apa yang terbaik utkku..insyallah.emm..nak kabo..hari khamis lepas..merupakan kali terakhir perjumpaan mentee~mantee.. alhamdulillah..rasanya Dr zan diantara mentor yang sgt prihatin dan komited terhadap manteenye..beliau merupakan penasihat akademik yang sangat memahami student. tp sesekali kena 'smash' tu biasala..huhu..mak kan..mesti marah skit anak2 nye..jangan hepi sgt masa blajar ni..baru pada muka kan. dalam perjumpaan terakhir ni.. Dr tekankan betapa pentingnya mencari sahabat. kalau kawan2 tu ramai..bersepah je kat luar. tp kalau sahabat..seorang pun susah nak dapat.nasihat Dr zan lagi..moga menjadi insan yang berguna dlm masyarakat..huhu..sedihnye mendengar nasihat beliau hari tu..

rasanya dalam sebulan lebih je lagi kat bumi kusza@udm..dalam tempoh tujuh thn ni..apa agaknya sumbangan sy..?hmm..makin lama..makin berat pulak nak keluar dari sini..terlalu byk perkara yang dilalui. kusza ini tempat ku membentuk fikrah..mengenal erti susah payah dalam melangkah. inilah diri sy..selepas keluar dari kusza@udm..insyallah mujahidah yang kental utk bawa Islam..ameen

lastly..nak ucap tahniah yang tidak terhingga di atas walimatur urus shbt2 ku..bermula dengan faizol, nik ahmad helmi, sakinah dan kak emy. insyallah tahun ini akan menyusul plak zila, huda, kak afrah..n tahun depan mungkin ainul, aisyah dan awa. emm..buat masa ni tak sempat nak menghadiri majlis mana2 shbt2..minta maaf yek..hadiah pun tak terkirim.insyallah tunggu korang anak 5, nanti sy bagi hadiah sekaligus yek? utk kwn2 sekelas plak..tahniah juga buat mawi, junaidah, kak shathiroh di atas perlangsungan majlis perkahwinan dorang baru2 ni. pada yg baru menimang cahaya mata..yang telah diberi nama faqih..putera sulung milik che mahira..tahniah yek..moga mewarisi kehebatan ummi dan walidnya. pada kak na plaks..hehe.mesti tak sabar kan tggu bulan 8 ni..tahniah ye..insyallah moga semua selamat. wslm

p/s...ira..pesan hati..Allah lebih menyanyangimu.pesan juga pada hati..usah toleh lagi mengingati kisah lama.pesan juga pd hatimu lagi..redhalah apa yg telah terjadi..kesakitan itu adalah hadiah bukti kasih sygNya.ye..bkn mudah mudah nk melupakan..apatah lagi utk memaafkan..pujuklah hatimu itu..jgn menangis lagi..dan bukalah hatimu semula
~terima kasih Allah~cukuplah ALLAH bagiku~

05 Februari 2010

sekadar melepaskan lelah seketika



Sabda Rasulullah saw : "barang siapa yang mencari redha ALLAH dengan marahnya manusia, maka ALLAH akn mencukupinya. barangsiapa yang mencari keredhaan manusia dengan marahnya ALLAH..maka ALLAH akn meninggalkannya.."

hadis ni berulang kali dr Asyraf sampaikan dalam class baru2 ni..ia mengingatkan sy, redha sape yg kita nak cari skrg ni..manusia ke Allah?andai kita sokmo beringat akn hadis ni..nescaya takkan ada keraguan dan kegundahan bila kita melakukan kebaikan. tp tanpa kita sedari..redha manusia tu yg kita cari dulu..astaghfirullah hal azim...usah bolak balikkan hatiku ya Allah..tegarku berada di jalan MU..

'S.I.B.UK'
ini la perkataan yg mudah utk ditulis saat ni..huhu..bile tak terkejar byk perkara dan tak mampu buat sebaik mungkin..serta tak dapat capai target spt yg diharapkan..jd,rasa sempit je nafas ni. tapi mlm ni..sy tetap amik masa utk menulis skit kat blog ni..dengan harapan dpt mengurangkan sedikit tekanan yg sedia ada.ye..sy yakin..usah berharapkan utk hidup dalam zone yg selesa..itu bkn pejuang namanya.bknkah susah tu tarbiyah? dan pepatah lain yg biasa ku dengar..'mujahidah itu pahit kerana syurga itu manis...'.oleh itu..yakinlah wahai hatiku..usah diminta dikecilkan ujian tetapi mintalah dibesarkan iman utk hadapi ujian..

emm..kita ubah skit mood ye..tiba2 terasa nk cite skit pasal kursus2 yg amik utk semester akhir ni. sume ada 4 paper dan 1 tesis...alhamdullah..setakat ni boleh folow lagi..walaupun agak senget skit dalam beberapa kelas tuh.huhu..ye la..saya bukannya org ekonomi ke..pembangunan negara ke..globalisasi ke..tp sem ni..benda alah ni le yg perlu diberi tumpuan lebih. emm..kadang2 mcm nk ketawa juga..cz beria photostet buku2 globalisasi berlambak2 kat atas meja ni.niat nk pulun baca..sambil guna highlight n pen bermcm2 kaler coz nk kasi minat lebih skit..tup2..baru je buka buku n baca bismillah...terus 'syahid' atas buku..siap 'kruhhh2 ' lagi.huhu..gane nak jadi org sosiologi nih..huhu. kena tahu serba serbi hal masyarakat..

ni le cbaran sem akhir ni.klu sem2 lepas..byk subjek yg berpihak pd sy..terutama paper dakwah..(blh la skdarnye) tp sem ni..ha..hari2 kena dgar 'globalisasi'..kapitalis..KDNK negara, dasar pmbagunan negara..dasar ekonomi negara..abd rahman embong.. jargenot..appadurai..robertson..hahaha..mcm2 lah. naik juling telinga ni..hehe..emm..betul juga..nak mndekati dan masyarakat..byk bidang kena lihat..tak ckup sekadar baca kitab2 arab..perlu ditopupkan serba sdkit bidang2 lain..coz ilmuan islam dulu..sume disiplin ilmu dlm poketnye.tp dunia skrg..memisahkan disiplin2 ilmu ni..tu yg susah nak bersatu..cz..msg2 hanya berpegang pd bidang2 tertentu je..pandang sisi setiap masalah hanya dilihat dari satu sudut je..maka kata org ganu..'boloks wok' jadinye..hehe

ketika cinta bertasbih


ha..kita tukar plak tajuk lain..
sbenarnya..sy kurang berminat citer ni masa awl2 kuar. cz..novel episod 2 ketika cinta bertasbih ni sgt memboringkan..tak habis pun baca. Novel episod 1 lak..tak dpt dikenalpasti kat mana..huhu.tak ingt dah sape pinjam. so..malas sgt nak layan movie die. tp ada satu mlm tu..hati terasa nak lepas lelah smbil mengurangkan kekusutan kepala dengan tengok filem KCB nih.(huhu..padahal sibuk ngn tesis). tp alhamdulillah..rasa tak rugi tengok filem nih..coz terlalu byk mesej yg disampaikan..bknnye kita nak lihat dr aspek hati perasaan, cinta, kahwin dan pasangan sekufu semata2 je..tp lebih dari tu sebenarnya. mesej yg tersurat tu menyentuh hati. tegar hadapi ujian..sabar tunggu kebahagiaan yg Allah akan berikan..kebergantungan yg tinggi terhadap Allah..berbaik sangka dengan ujian yg Allah beri..inilah keindahan Islam yg perlu kita lihat..bknkah 'ujian itu adalah pengukur iman'..?insyallah...org yg sabar tu..ada kebahagiaan yg Allah telah janjikan utk die..

selain tu..saya tabik filem ni..coz betul2 menjaga muamalat dlm menyampaikan mesej2. aurat terjaga dan tak de sentuh lelaki perempuan walapun berlakon sebgai abg dengan adiknya, emak dengan anak lelaki, ayah dengan anak perempuan dan suami dengan isterinya. pakaian juga cm tu..sopan dan manis.pendek kata..inilah filem terbaik buat masa ni yg menjaga batas2 islam (wlpun mgkin ada bbrapa sedikit kelompangan).tp tak kisahlah..cz insyallah mgkin pd masa akn datang akan terus diperbaiki.setahu sy..pelakonnya betul2 berlatar belakangkan agama yg kuat..dan yg memiliki peribadi muslim yg baik..emm..jadi..ade ke filem atau drama malaysia yg mcm ni?sape kata filem yg betul2 mgikut garis Islam susah nak diterima dalam hati masyarakat? 'filem kita wajah kita'..filem kita itu lah yg melambangkan hati kita sebenarnya..jika bersih hati kita..bersihlah filem tu..jadi..tepuk dada tanyalah iman..

10 Disember 2009

ira..welcome back!!



Asslammualaikum..

emm..rasanya blog ni bkn bersawang je, berkawang, berjiwang semua ada. dah lama sgt sy tak mengarut kat sini. rasanya kwn2 nu..sume dah sumpah seranah. bile nk ada entry baru. tangan ni yg tak nak tulis. bukan salah saya..tul tak?huhu. allahmdulillah..semester tujuh dah tamat. n skrang dah dipertengahan cuti pun..tinggal beberapa hari je lagi nak balik kampus. bila kat kampus, rasa nak cepat2 cuti n nak blik penang. tp bila kat kampung nih, rasa rindu sangat kat kampus tu. rindu shbt2, kwn2, pensyarah2, jiran tertangga dan yang paling rindu..projek tahun akhirku..tesis!!! alhamdulillah setakat nih..tajuk tesis dah dapat greenlight dari musyrif (ustaz razali awang) tajuknya : Solat Jamaah dan kesannya terhadap aktiviti sosial setempat. satu kajian kes di Surau Al-Ikhwan, Kampung Gelung Bilal, Pasir Panjang. Kuala Terengganu. amacam, best tak tajuknye? puas tergolek utk dapat tajuk yg jz macam ni. mudah-mudahan Allah bagi kekuatan dan kelapangan dalam menyiapkannya.

alhamdulillah..raja eid adha kali ni mgkin tercatit salah satu memories yang terbest dalam hidup..hehe..dapat kumpul sefamily dan makan angin 3 hari di batu feringghi. dapat le relax betul2. hilang semua kepeningan nih. kalau kena buli ngn anak2 sedara tu kira normal lah..kih2. tak pe la klu dorang hepi..maksu pun hepi. tak de la tertekang sangat. trimas yang tidak terhingga wat mak ayah (haji said dan hajah asma), family a.chaq, family kak da, family a.cik dan family abg heri..tahun depan jgn lupa plain lagi yek. mana nak tau kot2 nak mai terengganu pulak.hehe.

dalam tempoh cuti ni, ada gak beberapa program yang dapat join. tu pun tak dapat yg sepenuh masa. jz hujung minggu. mudah-mudahan dapatlah memberi atau menerima walaupun sedikit input. then..sepanjang cuti ni juga kalut kumpul rujukan untuk tesis sy..dan sibukla juga cari kedai buku dan mungkin terpaksa bertapa di library seberang jaya tu. susah juga nak dapat rujukan nih, terutama yang ada kena mengena dengan fungsi surau. andai ada sahabat2 yg terjumpa sebarang buku, artikel majalah, jurnal, tesis2 lama atau sebarang info dan maklumat mengenai solat jamaah dan fungsi/ kepentingan surau@masjid..minta tlg sgt2 hubungi saya yek..moga jasa tuan dan puan diberkati. hehehe.

ok ye..insyallah..andai ada masa..kita jumpa lagi..wslm..

12 Julai 2009

Rumah Transitku






alhamdulillah..dah selamat habiskan praktikal di Rumah Transit Darul Hidayah..dah habis ni, jd rindu lak kat penghuni n staf2 kat opis tu..rumah transit ni..ada dua bahagian, utk saudara baru dan utk org2 tua juga..kat sini, kdg2 kena jadi cucu..n kdg2 tu kena jadi ank, n ada juga yg kena jd mmber bila bersama dorang ni. sume ada..mcm 1 malaysialah kat situ..tua,muda,cina,india, iban, siam, kemboja, indonesia n mcm2 lagi lah.. pening juga kdg2 tu..tu blum lagi kena skiping..ops..speking.bersembur air liur..tp tetap tak paham..huhuu..


Alhamdulillah..pengalaman pertama yg tak buleh lupa..bile sy diberi peluang angkat syahadah bagi sorang hamba Allah ni. seorang perempuan india yang berumur lingkungan 50an. nama islamnya Nurain Abdullah.huhu..satu perasaan terharu yang susah nak cite la..terutama masa memegang tangannya dan mengajar lafaz syahadah. tp muka untie nurain biase je..cm tak de perasaan..sy pulok yg emosi.huhu. pengalaman bersama mualaf2 ni..membuatkan sy lebih mghargai iman..dorang ni bersusah payah mencari nikmat iman..ada yg dibuang kije,dibuang keluarga..kena maki..kena perli ngn org melayu..kena ugut..n sume2 lah..ada gak yang mnyedihkan ble dah lama bergelar muslim ttp masih mengamalkan adat agama lama. padahal pihak jaipp dah byk bg pendedahan dan kursus. emm..kdg2 org ada mmpertikai keikhlasan hamba Allah tu memeluk Islam..bleh nmpak dorg ni memilih Islam,sbb memerlukan bantuan, nak kawin, nak dptkn lanjutan tarikh imigresen n lain2 lg. n ble hamba Allah ni tak dapat apa dia inginkan slps masuk Islam, itu yg bleh adanya fail tuntutan keluar dari islam spt kes Fatimah Tan awal tahun ni. Pensyarah sy ada tya..apa yg kamu bleh buat, utk pastikan dorang ni ikhls memilih Islam?terdiam gak sy..ikhlas ni susah nk diukur..ia diibaratkan spt seekor semut hitam diatas batu hitam dan didalam mlm yg gelap lak tu...blh nmpak ke? kita hnya mmpu beri pendedahan.. kita tak mmpu nk pastikan keikhlasan dorang ni.hanya Allah je yg tahu segala2nya. cz kdg2 wlpun ada diantaranya mmg jelas masuk islam atas tujuan lain spt nk kawen..ttp kesungguhan dorang utk bergelar muslim ni sgt hebat..bersungguh dalam belajar.


kat rumah transit ni, sy kena buat klas hafazan setiap pg n sebelah ptgnya mengajar iqra' pulok. kdg2 tu, kena gak gnti ustaz utk ajar kelas tauhid. bukan mudah nk wat dorang ni berminat ngn klas..kdg2 kena gak berubah jadi singa jadian mahupun harimau betina..huhu..baru bleh buat dorang bersungguh skit dlm klas.tp esknya ttp sama gok..tak berubah pun.uwaaaa...agak tertekan jugok lah.


'ustazah..sy dah bosan..sy nak kuar kije'
'amoiii..ibu dah tak bleh ingatla..susah masuk dlm kpala ibu...ibu dah tua...ibu tinggi darah amoi..kepala pusing..'

'ustzah..Allah tu tak adil..Dia bagi sy susah, Dia bagi ayah sy susah..Allah dah tak syg sy'

'ustzah jgn beri tekanan pd IQ adam..adam tau adam tak hensem..tak de perempuan nk kat adam..tp adam baik..lebih baik dr semua org..kenapa perempuan melayu tak nak kat adam. hina sgt ke adam ni?'

'cekkk..aku tak mau mati sbb rokok ni..aku nak mati sbg Islam yg baik. tp aku tak tau lagu mana nak buang rokok ni..dah sebati dlm diri aku'


emm..mcm2 lagi lah luahan hati dorang ni..dah tak ingat sgt...tu blum lg masuk bab aqidah. lagi berpinau mata nk bg paham.emm..stiap masuk klas kena bersedia fizikal n mental..kena letak sbar dtahap yg tggi..huhu..tp kkdg tu..tak dpt kontrol gak dlm klas..habis sume kena sembuq..tak kira tua muda..sume sama je kena sembur.hmmm...


gambar kat ats ni..merupakan bangunan pentdbiran..tmpat opis ambe. yg bawah tu gambar pak cik ahmad oyama. beliau dari jepun.tp dah menetap sni sejak merdeka lagi. pak cik oyama setiap hari merupakan org prtama masuk klas.smart lak tu.hehehe..dia suka nyayi lagu kebangsaan jepun..sampai satu thp sampai bleh nangis...agknya rindu bangat sama cewek lama. kat umah transit ni juga terdapat lebih kurang 6 orang-orang tua tidak berwaris. dorang ni msih mampu mnguruskan diri sendiri. if ada masa, sy g jalan2 kat umah dorang ni..lepak skali sambil ajak mengumpat.hehehe..dorang ni ada yang dibuang keluarga n anak2 n ada juga yang mmg tak nak tggl dgn anak2..kehidupan masa muda yang menyebbkan dorang bleh berada ditempat kebajikan ni. nk slahkan anak2 100% tak leh gak..entahlah..susah nk buat kesimpulan. hidup ni ibarat roda..kdg2 kita kat atas..n ada masanya kita berada dibawah. kena tya diri.. semasa berada diatas, apa yg kita buat utk diri..utk Islam n utk masyarakat?kita tak nak..dimasa kita berada dibawah nnt..tak ada pe2 langsung utk dijadikan bekal kita..


Dua hari b4 tamat praktikal ustz malik bg lagi satu pluang pada sy untuk menjadi saksi angkat syahadah pada sorang hamba Allah ni. yg kali ni lelaki cina daripada sabah rasanya. bkn sekadar menjadi saksi untuk mgajjar syahadah..tp perlu mmberi keterangan secara umum mengenai konsep islam, iman n ihsan..berulang kali sy katakan pd dia..walauapa pun yg akan terjadi slps ini..jgn malu untuk mengaku sbg muslim..di saat Islam itu dihina dan ditindas.. Allah telah memilih Mohd Faraisy bin Abdullah untuk bergelar muslim..maka bertambah lagi pada saat ni bilangan saudara muslim kita. ada hikmah di seblik semua ni. saudara faraisy cuma merenung dan menangguk-anggukkan kpalanya.entah faham ke tidak tu.hehehe..

emmm..lastly..sy doakan moga saudara-saudarakuku di rumah Transit Darul Hidayah terus diberkati dan diberikan sepenuhnya kasih syg dari Allah. kpd sume saudara baru yang lain..moga trus istiqomah dgn Islam..bawalah nilai Islam itu walau dimana kita berada..kita serupa je bila bergelar muslim..apa yg mmbezakan iman n taqwa..ok lah..posting ni juga nk wat ucapan terima kasih n penghargaan tidak terhingga kpd sume warga rumah transit dan jaipp..spt ustz shahrul (boss), ustz malik, ustazah hafiza hanidawati, ustaz fazli (big bos), ustaz ghazali (big2 bos), ustz afifi, ustz zahril, kak syikin, kak batrisya, kak hajar, aisyah, nurul, farhana, sarah, aliya, ibu, mama kartina, mama kartija, pak cik amin, farhan, alex, asyraf, ariffin, mamu, syanira, kak maria, daniel, pa cik oyama, pak cik mail siam, pak lang, pak awang, pak cik ahmad said..dan sume pihak yg terlibat scara langsung atau tidak spjg sy menjalani latihan praktikal selama dua bulan ni..Hanya Allah je yang mmpu balas..tooo che..

12 April 2009

study week!!!



emmm..skrg dah mula study week..dlm proses kumpul2 nota.maklumlah byk berzikir dlm clas..jd byk bendalah tak tersalin.hee.sem ni..ada 5 papers. sumenya killers papers. Mmg tak bleh nk target lgsung..takut tak capai..merana nnti. Tp posting kali ni khas buat sume pensyarah2 jabatan sains sosial..terutamanya puan hafiah, dr norizan, prof hadi, cik wan nasir, cik wan taqwa, dr ramle, ustaz razali serta pensyarah2 dari jabatan lain, dr basri, ustaz aman daima dan dr fadzli adam. syukran jazilan atas segala tunjuk ajar dan halalkanlah ilmu yang telah diberikan selama ni..hehe.klu segala kenakalan kami sume dalam clas telah mengecilkan hati semua pensyarah..harap dimaafkan..berkat guru mesti kena jaga..mustajab doanya tu..hehe.

biasalah..semester 6 sn sosial, sumenya pening2 blaka..tak kena tempat,mmg tak reti diam.tangan n mulut sama naik..hehe..kat mana kami lepak,musti berjaya menyengetkan org.hak2. biarpun ngah byk masalah masa tu..muka tetap hepi n mulut ttp bising.hihihi.sabor je lah..(kata hati pensyarah2 sains sosial).mmg klas kita lain dari lain..pelik benar-kata bebudak kos lain.hee..tak pe lah..apa pun org nk kata..yg penting akhlak n siasah masih boleh dikawal. pe2 pun..mmg bestlah dengan korang. byk pekara yg kita dah lalui bersama..pengalaman buat kita lebih memahami sesama sendiri.

best of luck untuk semua kengkawan dan sahabat2.moga sem depan, kita boleh merasa naik pentas bersama2. study hard n study smart..dont give up! jgn lupa stok ruski tom yam n nescape kat blik..(ops boikot nescafe..radix pun ok ape)..maafkan segala salah n silapku..yg sengaja atau tidak..halalkan makan minum..terutama yg dah pow tp baru kabor.heheh. teristimewa utk yg tersyg-buat mak ayah..abg2 n akak2..minta maaf byk2..doakan kejayaan anakanda kat sini..huhu..


huhu.takutnya klu result jatuh..kompom kena pancung!errkk..tidakkk!!

semusim telah berlalu..


hehe..cuba tengok gambar ni betul2..so funny!tp ada byk makna yg tersirat..sy suka sgt tgok gmbar ni..dr segenap sudut..hehe..lagak bak superman..tp hanya berkain pelekat dan berkasut sukan lak tu..hehe..biar apa pun gaya..terbang tetap terbang..penuh asyik dan yakin..muka mesti confident. biarpun org ckap buruk n kelakar..hya diri je yg tau kemampuan diri sendiri.tp kannn..tak tau pdg sekolah mana yg jadi mangsa beliau.hak2.

hmm..lama dah tak smpat nk caghe ke blog ni..apatah lg friendster n Geni..sama je.sempat buka n baca je.huhu.tak tau apa yg disibukkan sgt tu. semusim bakal berlalu. rasa mcm baru semalam je sambut junior2..n baru semalam je pindah bilik..hmm..ni lah salah satu petanda akhir zaman. masa berlalu begitu cepat.

Allahuakbar..perjalanan yang telah berlalu musim ini memberi byk sgt kenangan n pengajaran..Allah menguji tanpa henti..setiap langkah n nafas itu dibawah takdirNya..buat sahabat2 n adik2 ku..hanya Allah je yang mampu balas segala pengorbanan..tak termampu dibalas jika hanya dengan lafaz terima kasih.

huluran tangan sahabat tak pernah berhenti ketika diri jatuh dan sukar untuk bangun semula. Jika kita memohon kekuatan hati..hati itulah yg Allah akan uji..dan jika kita memohon kekuatan perjuangan..langkah perjuangan itulah yang Allah akan terus uji..inilah bukti kasih sygNya..

semusim telah berlalu..bermakna..akan melalui musim yang baru pula..umur semakin meningkat. tangungjawab paling besar sedang menunggu di hadapan..tangungjawab terhadap mak ayah..tanggungjawab terhadap masyarakat..dan yang lebih penting tangunggjawab terhadap agama..tp yg mcm best skit, ialah tangungjawab terhadap keluarga baru..hak3..(hehe macam nk habis bljar pulok..pdhal lambat lg..saja buat2 perasan..hik2)

moga Allah memberi secebis kekuatan dalam meneruskan perjuangan n kehidupan..n moga juga Dia tidak berpaling dariku walau sesaat..aminn..



shahir..don't give up!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...