AhLan..

Memaparkan catatan dengan label Just Share. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Just Share. Papar semua catatan

16 April 2010

La Tahzan



Assalamu'alaikum warahmatulllah wabaraaktuh..

Semoga Allah tabaraka wata'ala sentiasa merahmati saudara/i ku memudahkan segala urusan dunia dan akhirah, diselamatkan iman dihari dimana tiada seorangpun yang dapat menyelamatkan iman melainkan Dia..

saudaraku..
jangan resah akan setiap natijah dunia, sesungguhnya natijah akhirat itu lebih utama, jangan merasa gundah dengan setitis kebahgiaan dunia yang lepas dari genggaman kerana dunia ini akan sirna..

seorang muslim tidak ditimpa oleh rasa letih, penyakit, gelisah, sedih gangguan ataupun kegundahan hingga duri yang tertancap padanya melainkan Allah ta'ala hendak menembus dengannya sebagian dari kesalahan-kesalahan(Bukhari-Muslim) hadits dari abu sa'id dan abu hurairah radhiyallahu'anh.

Katakanlah (Muhammad), tidak akan menimpa kamu melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi mu. Dialah pelindung kami. Dan hanya kepada Allah bertawakkal orang-orang beriman."(At-taubah).

Zuhudlah didunia niscaya Allah akan mencintai mu, dan zuhudlah terhadap apa yang ada ditangan orang lain, niscaya mereka akan mencintai mu.(Ibnu majah:331)

Rasulullah shallallahu'alaihiwasallam bersabda:"maukah aku tunjukkan kepada mu sebaik-baik manusia?, para shahabat menjawab: Mau ya Rasulullah", beliau bersabda: yaitu orang yang apabila kamu melihatnya maka akan menjadikan mu ingat kepada Allah" (H.R Ibnu Majah)

wallahua'lam bish-shawab..
Allah yubarrikfik...
*senyum*


05 Februari 2010

sekadar melepaskan lelah seketika



Sabda Rasulullah saw : "barang siapa yang mencari redha ALLAH dengan marahnya manusia, maka ALLAH akn mencukupinya. barangsiapa yang mencari keredhaan manusia dengan marahnya ALLAH..maka ALLAH akn meninggalkannya.."

hadis ni berulang kali dr Asyraf sampaikan dalam class baru2 ni..ia mengingatkan sy, redha sape yg kita nak cari skrg ni..manusia ke Allah?andai kita sokmo beringat akn hadis ni..nescaya takkan ada keraguan dan kegundahan bila kita melakukan kebaikan. tp tanpa kita sedari..redha manusia tu yg kita cari dulu..astaghfirullah hal azim...usah bolak balikkan hatiku ya Allah..tegarku berada di jalan MU..

'S.I.B.UK'
ini la perkataan yg mudah utk ditulis saat ni..huhu..bile tak terkejar byk perkara dan tak mampu buat sebaik mungkin..serta tak dapat capai target spt yg diharapkan..jd,rasa sempit je nafas ni. tapi mlm ni..sy tetap amik masa utk menulis skit kat blog ni..dengan harapan dpt mengurangkan sedikit tekanan yg sedia ada.ye..sy yakin..usah berharapkan utk hidup dalam zone yg selesa..itu bkn pejuang namanya.bknkah susah tu tarbiyah? dan pepatah lain yg biasa ku dengar..'mujahidah itu pahit kerana syurga itu manis...'.oleh itu..yakinlah wahai hatiku..usah diminta dikecilkan ujian tetapi mintalah dibesarkan iman utk hadapi ujian..

emm..kita ubah skit mood ye..tiba2 terasa nk cite skit pasal kursus2 yg amik utk semester akhir ni. sume ada 4 paper dan 1 tesis...alhamdullah..setakat ni boleh folow lagi..walaupun agak senget skit dalam beberapa kelas tuh.huhu..ye la..saya bukannya org ekonomi ke..pembangunan negara ke..globalisasi ke..tp sem ni..benda alah ni le yg perlu diberi tumpuan lebih. emm..kadang2 mcm nk ketawa juga..cz beria photostet buku2 globalisasi berlambak2 kat atas meja ni.niat nk pulun baca..sambil guna highlight n pen bermcm2 kaler coz nk kasi minat lebih skit..tup2..baru je buka buku n baca bismillah...terus 'syahid' atas buku..siap 'kruhhh2 ' lagi.huhu..gane nak jadi org sosiologi nih..huhu. kena tahu serba serbi hal masyarakat..

ni le cbaran sem akhir ni.klu sem2 lepas..byk subjek yg berpihak pd sy..terutama paper dakwah..(blh la skdarnye) tp sem ni..ha..hari2 kena dgar 'globalisasi'..kapitalis..KDNK negara, dasar pmbagunan negara..dasar ekonomi negara..abd rahman embong.. jargenot..appadurai..robertson..hahaha..mcm2 lah. naik juling telinga ni..hehe..emm..betul juga..nak mndekati dan masyarakat..byk bidang kena lihat..tak ckup sekadar baca kitab2 arab..perlu ditopupkan serba sdkit bidang2 lain..coz ilmuan islam dulu..sume disiplin ilmu dlm poketnye.tp dunia skrg..memisahkan disiplin2 ilmu ni..tu yg susah nak bersatu..cz..msg2 hanya berpegang pd bidang2 tertentu je..pandang sisi setiap masalah hanya dilihat dari satu sudut je..maka kata org ganu..'boloks wok' jadinye..hehe

ketika cinta bertasbih


ha..kita tukar plak tajuk lain..
sbenarnya..sy kurang berminat citer ni masa awl2 kuar. cz..novel episod 2 ketika cinta bertasbih ni sgt memboringkan..tak habis pun baca. Novel episod 1 lak..tak dpt dikenalpasti kat mana..huhu.tak ingt dah sape pinjam. so..malas sgt nak layan movie die. tp ada satu mlm tu..hati terasa nak lepas lelah smbil mengurangkan kekusutan kepala dengan tengok filem KCB nih.(huhu..padahal sibuk ngn tesis). tp alhamdulillah..rasa tak rugi tengok filem nih..coz terlalu byk mesej yg disampaikan..bknnye kita nak lihat dr aspek hati perasaan, cinta, kahwin dan pasangan sekufu semata2 je..tp lebih dari tu sebenarnya. mesej yg tersurat tu menyentuh hati. tegar hadapi ujian..sabar tunggu kebahagiaan yg Allah akan berikan..kebergantungan yg tinggi terhadap Allah..berbaik sangka dengan ujian yg Allah beri..inilah keindahan Islam yg perlu kita lihat..bknkah 'ujian itu adalah pengukur iman'..?insyallah...org yg sabar tu..ada kebahagiaan yg Allah telah janjikan utk die..

selain tu..saya tabik filem ni..coz betul2 menjaga muamalat dlm menyampaikan mesej2. aurat terjaga dan tak de sentuh lelaki perempuan walapun berlakon sebgai abg dengan adiknya, emak dengan anak lelaki, ayah dengan anak perempuan dan suami dengan isterinya. pakaian juga cm tu..sopan dan manis.pendek kata..inilah filem terbaik buat masa ni yg menjaga batas2 islam (wlpun mgkin ada bbrapa sedikit kelompangan).tp tak kisahlah..cz insyallah mgkin pd masa akn datang akan terus diperbaiki.setahu sy..pelakonnya betul2 berlatar belakangkan agama yg kuat..dan yg memiliki peribadi muslim yg baik..emm..jadi..ade ke filem atau drama malaysia yg mcm ni?sape kata filem yg betul2 mgikut garis Islam susah nak diterima dalam hati masyarakat? 'filem kita wajah kita'..filem kita itu lah yg melambangkan hati kita sebenarnya..jika bersih hati kita..bersihlah filem tu..jadi..tepuk dada tanyalah iman..

10 Disember 2009

ira..welcome back!!



Asslammualaikum..

emm..rasanya blog ni bkn bersawang je, berkawang, berjiwang semua ada. dah lama sgt sy tak mengarut kat sini. rasanya kwn2 nu..sume dah sumpah seranah. bile nk ada entry baru. tangan ni yg tak nak tulis. bukan salah saya..tul tak?huhu. allahmdulillah..semester tujuh dah tamat. n skrang dah dipertengahan cuti pun..tinggal beberapa hari je lagi nak balik kampus. bila kat kampus, rasa nak cepat2 cuti n nak blik penang. tp bila kat kampung nih, rasa rindu sangat kat kampus tu. rindu shbt2, kwn2, pensyarah2, jiran tertangga dan yang paling rindu..projek tahun akhirku..tesis!!! alhamdulillah setakat nih..tajuk tesis dah dapat greenlight dari musyrif (ustaz razali awang) tajuknya : Solat Jamaah dan kesannya terhadap aktiviti sosial setempat. satu kajian kes di Surau Al-Ikhwan, Kampung Gelung Bilal, Pasir Panjang. Kuala Terengganu. amacam, best tak tajuknye? puas tergolek utk dapat tajuk yg jz macam ni. mudah-mudahan Allah bagi kekuatan dan kelapangan dalam menyiapkannya.

alhamdulillah..raja eid adha kali ni mgkin tercatit salah satu memories yang terbest dalam hidup..hehe..dapat kumpul sefamily dan makan angin 3 hari di batu feringghi. dapat le relax betul2. hilang semua kepeningan nih. kalau kena buli ngn anak2 sedara tu kira normal lah..kih2. tak pe la klu dorang hepi..maksu pun hepi. tak de la tertekang sangat. trimas yang tidak terhingga wat mak ayah (haji said dan hajah asma), family a.chaq, family kak da, family a.cik dan family abg heri..tahun depan jgn lupa plain lagi yek. mana nak tau kot2 nak mai terengganu pulak.hehe.

dalam tempoh cuti ni, ada gak beberapa program yang dapat join. tu pun tak dapat yg sepenuh masa. jz hujung minggu. mudah-mudahan dapatlah memberi atau menerima walaupun sedikit input. then..sepanjang cuti ni juga kalut kumpul rujukan untuk tesis sy..dan sibukla juga cari kedai buku dan mungkin terpaksa bertapa di library seberang jaya tu. susah juga nak dapat rujukan nih, terutama yang ada kena mengena dengan fungsi surau. andai ada sahabat2 yg terjumpa sebarang buku, artikel majalah, jurnal, tesis2 lama atau sebarang info dan maklumat mengenai solat jamaah dan fungsi/ kepentingan surau@masjid..minta tlg sgt2 hubungi saya yek..moga jasa tuan dan puan diberkati. hehehe.

ok ye..insyallah..andai ada masa..kita jumpa lagi..wslm..

sementara ada ruang dan peluang untuk kita



subahanallah..akhirnya..tergerak juga hati ni nak menulis..post apa yg patut. dulu beria sgt nk berblog. tp ble dah ada kemudahan wifi diasrama..malas sgt nk menaip..biarpun waktu tu free. tu la..bile dah ada kemudahan tak nak hargai..tp bile dah tak de.bru terkapai2..

emm..terlintas satu ungkapan..
"kadang-kadang kita tak menghargai kehadiran seseorang..sehinggalah dia pergi barulah kita terasa kehilangannya. jadi hargailah sesuatu yang telah kita miliki selama ni. hargai apa yg masih ada dsisi.."

inilah lumrah alam..Allah dtgkan nikmat dan rahmat dihadapan mata. betapa luasnya kasih dan sayangNya..mengharapkan hambaNya menghargai..tunduk dan terus sujud padaNya..da seterusnya makmurkan bumi Allah ini. bayangkanlah..jika Allah tarik hanya sesaat je udara dari kita. Allah..lambatkan matahari naik sesaat. Allah..hentikan masa sekejap. apa yg akan jadi waktu tu?

Diriwayatkan oleh al-Imam al-Hakim daripada Ibnu Abbas r.a Rasulullah saw talah bersabda yang bermaksud:
"Rebutlah lima keadaan sebelum datang lima keadaan yang lain, iaitu keadaan muda sebelum kedatangan waktu tuamu, keadaan sihatmu sebelum kedatangan waktu sakitmu, keadaan kaya (berada) sebelum ketibaan keadaan fakirmu, keadaan lapangmu sebelum kedatangan waktu sibukmu dan masa hidupmu sebelum tibanya kematianmu."
Alhamdulillah bagi mereka yg menghargai setiap detik yang ada dalam hidupnya. bukan mudah untuk memastikan setiap hembusan nafas dan langkah ini sentiasa dibawah barakahnya. hati ingin berjuang..matlamat sudah pasakkan supaya Islam itu yu'laa wa la a'laih. tp bile sampai masanya..nafsu menolak dan jiwa meronta. padahal pada masa tu..telah Allah hadiahkan kelapangan masa, kekuatan tenaga fizikal+mental dan kelebihan harta disisinya. berbeza dengan mujahidin lain yg terpaksa merangkak, menahan sakit dek keterbatasan dalam zone langkahnya.
di mana salah dan silapnya?

justeru itu..pesan untuk diriku lebih-lebih lagi. gunakanlah nikmat dan rahmat yg ada saat ini. supaya kita tidak menyesal dikemudian hari. lebih-lebih lagi pada mereka yang telah sampai 'seru' nya untuk beramal islami ini. turunlah dalam masyarakat..lihatlah barah yang sedang menular. usah beruzlah sedangkan saudara seakidah diluar sana sedang dimamah nanah. sementara masih ada ruang dan peluang untuk kita..penuhilah ia. gunakan semaksimum mungkin. sampaikanlah risalah Allah walau se ayat.




ira..plz wake up..tabah n..kuatlah..jgn mngaku kalah!

18 Oktober 2009

oh..NIATKU IKHLAS..kerana ALLAH taala..

Apa yang aku buat selama ni kerana Allah..
Apa yg penting..'niat'..biarlah org nak kata ape pun..
IKHLAS...percayalah apa yg saya lafaz..hanya Allah je yang tau

sedapkan bile kita dengar org cakap camtu?rasa..bertapa baiknya manusia tu..kalau rasa nak marah..jadi sejuk je ati bile dengar org lafaz macam kat atas ni. kadang2 susah nak bidas..ye la..menggunakan Allah sebagai sandaran. tak sampai hati lak nak bidas..tul tak?

meh dengar ayat ni pulak..

1) "saya kawan ngn awak ni ikhlas..kerana Allah..percayalah. setia saya hanya pd awak.
(lafaz dari pakwe sambil memegang tangan awek nye..)"

2) "kite wat konsert amal malam ni sebab nak bantu mangsa bencana alam di padang, indonesia.jangan risau..artis2 yang kita jemput ni..niatnya kerana Allah..dorang nak bantu sesama muslim cam kita juga..moga Allah merahmati konsert kita malam ni. harap tak hujan lah..mahal baju artis kita tu..rugi nnti."

3)"jadi jkk kampung ni bukan mudah..org tuduh kita macam2..tp biarlah org nak kata ape pun..janji niat kita baik..yang penting niat tu.."

4)"ape2 yg kita lakukan..mesti niat tu yg paling utama utk dpt keredhaan Allah..krn Allah kita lakukan sume ni.."

4)"utk merahmati majlis annual dinner pada mlm ni..kita buka dengan ummul kitab..al fatihah."

kih3..nak tergelak pun ada setiap kali dgar ayat2 camni..kesian rase..camner kita nak bantu org yg macam ni ye?..nk bagi kefahaman bukan mudah. sungguhpun niat itu sudah berpaksikan yg benar dan haq..namun perlaksanaannya serong. jauh konsep Islam. malah mengundang kemurkaan Allah. sedih sgt..meletakkan Allah sebagai 'saksi' utama..tp selepas tu lain yg pulak jadi. sanggupkah kita menjadikan Allah sebgai sandaran dalam melakukan perkara yang mungkar?

sebaik mana pun niat kita..ia tak mampu menghalalkan semua cara..jangan jadikan 'niat krn Allah ini' sebagai dalil yg kuat bagi menutupi perkara yang mungkar.

begitu juga dalam kita berkerja atau menjalankan taklifan yg terpikul diatas bahu..terutama dalam amal islami..mencegah kepada yang maaruf dan melarang kepada yg mungkar..perlulah memenuhi etika sebagai muslim sejati. sifat tidak amanah, tidak jujur, sambil lewa, tidak menepati janji, menipu, hasad dengki, fitnah mengfitnah, bertolenrasi dengan pkra yg mungkar, tidak mengatakan yg haq, tidak adil dan lain-lain lagi..akan mgundang kemurkaan yg lebih besar dari Allah..astaghfirullahalazim...bukan mudah utk lafaz 'niat kerana Allah'..kan..

seperti kata seorang penyair arab ;

kita menampal dunia kita dengan mengoyakkan agama kita..tp..tidak ada satu pun yg kekal baik dunia ataupun akhirat..


berikut merupakan beberapa perkara yg berkaitan dengan IKHLAS..:


IKHLAS maksudnya ialah melakukan setiap amalan hanya untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT.
AMALAN maksudnya melakukan perintah Allah SWT dan meninggalkan laranganNya



Ikhlas adalah nama lain bagi iman. Semakin kuatnya iman maka semakin kuatlah ikhlas. Untuk mendapatkan ikhlas, kita perlu mendapatkan iman yang kuat. Untuk memperkuatkan iman kita perlu membuat kerja Nabi saw dengan cara Nabi saw.



Untuk mempastikan setiap amalan yang kita lakukan itu ikhlas maka kita hendaklah memeriksa NIAT kita di permulaan, di pertengahan dan di akhir setiap amalan.



krn terlalu cintakan dunia..kita lupakan pencipta kita..kita campur adukkan yg paling Agung dengan yg batil..jgn kita lupa..krn yg batil itu juga merupakan makhluk yg turut sama akan ditelan bumi..











wallahua'lam..


peringatan ini utk diriku lebih2 lg..

02 Ogos 2009

kenapa masih lagi nak berDEMO?


sume orang tau apa yg terjadi pada tarikh 1 ogos 2009..bile terbaca komen2 megenai GMI ni kat youtube..ramai juga yg menghina, mencaci maki n marah2 pada dorang yang wat demo ni..secara kasarnya..demo ni nampak memudaratkan..lebih2 lagi skrng ni isu H1N1..(kerana selsema..babi lak dpt nama..ngeh2).sume org tak berani kuar dikwsn umum.tp..kenapa kumpulan gerakan ni masih lg amik risiko?nape dorang ni degil juga nak kuar berdemo wlaupun kerajaan dah bagi amaran?dorang ni takkan tak sedar risiko besar yg akan dorang dpt masa berdemo..bkn dapat upah duit pun..gaji tak dinaikkan pun..duit tiket n minyak keta pun tak dapat claim..cuti sakit lg tak dapat.susah lagi ada..yg kena masuk balai bape ramai?yang cedera parah bape ramai?silap2..yg kena buang kije pun ramai jugak..buat penat je.dahtu..mencemarkan imej negara..malukan sesama melayu sendiri..emm...takkan mereka yang berdemo ni takde otak?Allah kan dah bg akal?gunakanlah..dok je diam2 kat umah..jaga periuk nasik sendiri.jgn amik risiko kat luar.paling nk mudah..biar dlm sepuluh org je g anto memorandum kat baginda sultan.hok len..sile goyang kaki kat rumah ye.jga kain sendiri sudah lah..

ni lah pandangan seglintir manusia..bile guna akal semata2 tanpa letakkan al-Quran dan sunnah dihadapan..bukankah akal pun bleh menipu manusia?straw didlm air bleh plak nmpak bengkok. umat Islam harus bersatu dalam bersuara..bukan pentingkan diri sendiri..mereka yang berdemo telah meletakkan kepentingan sendiri disebelah..dorang ni tau apa risikonya..sumenya sedar..tak payah nak sebut byk kali n tak payah juga nk ugut berulang kali..dorang masih lagi nk berdemo.mesti ada sebb..cz yang trun berdemo ni..bukan calang2 orang.hebat2 belaka.sblm nak demo..mesti mcm2 persediaan yg dah dibuat..gerak kije dah diatur. segalanya dibahas bersama. bkn tindakan membabi buta (skali lg babi dpt nama). klu yg berdemo tu trun dlm 10 ke 15 org...n tak de sambutan..bleh la kot ckp dorang ni bodoh. tp kenapa bleh trun smpai melebihi 100,000 org?takkan sume ni bodoh2 blaka?malaysia ni dipenuhi dgn rakyat yg bdoh je ke?yg tak trun berdemo tu comform dah cerdik pandai?

huhu..posting ni bkn nak suruh atau galakkn org wat demo je dlm hidup.sy akur..Islam juga melarang umatnya melakukan perbuatan yg boleh mendatangkan kemudharatan. tp..bile dln keadaan darurat atau terdesak..atau segala cara baik yang digunakan dah tak berkesan..apa lg cara yg ada?ape2 pun..sy hya insan yg lemah..hya pendapat.dialu2 bg mereka yg nak menegur.betulkan apa yg kome rasa salah..

sy bukan ape..bile lihat klip2 video demo mansuh isa ni..hati jadi sebak sgt2..bkn sedih tegok org yg berdemo tu.tp satu perasaan yg tak tergambar bile terdengar satu ketumbukkan ummah..ditengah2 kota..mereka berpegangan tangan dengan erat dan melaungkan takbir..ALLAHUAKBAR!!! ALLAHUAKBAR!! juga melaungkan kalimah LA ILA HA ILLALLAh!!..subahanallah..maha suci Allah..umatmu berhimpun melaungkan namaMu..memohon kekuatan dariMu.menunjukkan..ketakutan itu hanya padaMU..

12 Julai 2009

Rumah Transitku






alhamdulillah..dah selamat habiskan praktikal di Rumah Transit Darul Hidayah..dah habis ni, jd rindu lak kat penghuni n staf2 kat opis tu..rumah transit ni..ada dua bahagian, utk saudara baru dan utk org2 tua juga..kat sini, kdg2 kena jadi cucu..n kdg2 tu kena jadi ank, n ada juga yg kena jd mmber bila bersama dorang ni. sume ada..mcm 1 malaysialah kat situ..tua,muda,cina,india, iban, siam, kemboja, indonesia n mcm2 lagi lah.. pening juga kdg2 tu..tu blum lagi kena skiping..ops..speking.bersembur air liur..tp tetap tak paham..huhuu..


Alhamdulillah..pengalaman pertama yg tak buleh lupa..bile sy diberi peluang angkat syahadah bagi sorang hamba Allah ni. seorang perempuan india yang berumur lingkungan 50an. nama islamnya Nurain Abdullah.huhu..satu perasaan terharu yang susah nak cite la..terutama masa memegang tangannya dan mengajar lafaz syahadah. tp muka untie nurain biase je..cm tak de perasaan..sy pulok yg emosi.huhu. pengalaman bersama mualaf2 ni..membuatkan sy lebih mghargai iman..dorang ni bersusah payah mencari nikmat iman..ada yg dibuang kije,dibuang keluarga..kena maki..kena perli ngn org melayu..kena ugut..n sume2 lah..ada gak yang mnyedihkan ble dah lama bergelar muslim ttp masih mengamalkan adat agama lama. padahal pihak jaipp dah byk bg pendedahan dan kursus. emm..kdg2 org ada mmpertikai keikhlasan hamba Allah tu memeluk Islam..bleh nmpak dorg ni memilih Islam,sbb memerlukan bantuan, nak kawin, nak dptkn lanjutan tarikh imigresen n lain2 lg. n ble hamba Allah ni tak dapat apa dia inginkan slps masuk Islam, itu yg bleh adanya fail tuntutan keluar dari islam spt kes Fatimah Tan awal tahun ni. Pensyarah sy ada tya..apa yg kamu bleh buat, utk pastikan dorang ni ikhls memilih Islam?terdiam gak sy..ikhlas ni susah nk diukur..ia diibaratkan spt seekor semut hitam diatas batu hitam dan didalam mlm yg gelap lak tu...blh nmpak ke? kita hnya mmpu beri pendedahan.. kita tak mmpu nk pastikan keikhlasan dorang ni.hanya Allah je yg tahu segala2nya. cz kdg2 wlpun ada diantaranya mmg jelas masuk islam atas tujuan lain spt nk kawen..ttp kesungguhan dorang utk bergelar muslim ni sgt hebat..bersungguh dalam belajar.


kat rumah transit ni, sy kena buat klas hafazan setiap pg n sebelah ptgnya mengajar iqra' pulok. kdg2 tu, kena gak gnti ustaz utk ajar kelas tauhid. bukan mudah nk wat dorang ni berminat ngn klas..kdg2 kena gak berubah jadi singa jadian mahupun harimau betina..huhu..baru bleh buat dorang bersungguh skit dlm klas.tp esknya ttp sama gok..tak berubah pun.uwaaaa...agak tertekan jugok lah.


'ustazah..sy dah bosan..sy nak kuar kije'
'amoiii..ibu dah tak bleh ingatla..susah masuk dlm kpala ibu...ibu dah tua...ibu tinggi darah amoi..kepala pusing..'

'ustzah..Allah tu tak adil..Dia bagi sy susah, Dia bagi ayah sy susah..Allah dah tak syg sy'

'ustzah jgn beri tekanan pd IQ adam..adam tau adam tak hensem..tak de perempuan nk kat adam..tp adam baik..lebih baik dr semua org..kenapa perempuan melayu tak nak kat adam. hina sgt ke adam ni?'

'cekkk..aku tak mau mati sbb rokok ni..aku nak mati sbg Islam yg baik. tp aku tak tau lagu mana nak buang rokok ni..dah sebati dlm diri aku'


emm..mcm2 lagi lah luahan hati dorang ni..dah tak ingat sgt...tu blum lg masuk bab aqidah. lagi berpinau mata nk bg paham.emm..stiap masuk klas kena bersedia fizikal n mental..kena letak sbar dtahap yg tggi..huhu..tp kkdg tu..tak dpt kontrol gak dlm klas..habis sume kena sembuq..tak kira tua muda..sume sama je kena sembur.hmmm...


gambar kat ats ni..merupakan bangunan pentdbiran..tmpat opis ambe. yg bawah tu gambar pak cik ahmad oyama. beliau dari jepun.tp dah menetap sni sejak merdeka lagi. pak cik oyama setiap hari merupakan org prtama masuk klas.smart lak tu.hehehe..dia suka nyayi lagu kebangsaan jepun..sampai satu thp sampai bleh nangis...agknya rindu bangat sama cewek lama. kat umah transit ni juga terdapat lebih kurang 6 orang-orang tua tidak berwaris. dorang ni msih mampu mnguruskan diri sendiri. if ada masa, sy g jalan2 kat umah dorang ni..lepak skali sambil ajak mengumpat.hehehe..dorang ni ada yang dibuang keluarga n anak2 n ada juga yang mmg tak nak tggl dgn anak2..kehidupan masa muda yang menyebbkan dorang bleh berada ditempat kebajikan ni. nk slahkan anak2 100% tak leh gak..entahlah..susah nk buat kesimpulan. hidup ni ibarat roda..kdg2 kita kat atas..n ada masanya kita berada dibawah. kena tya diri.. semasa berada diatas, apa yg kita buat utk diri..utk Islam n utk masyarakat?kita tak nak..dimasa kita berada dibawah nnt..tak ada pe2 langsung utk dijadikan bekal kita..


Dua hari b4 tamat praktikal ustz malik bg lagi satu pluang pada sy untuk menjadi saksi angkat syahadah pada sorang hamba Allah ni. yg kali ni lelaki cina daripada sabah rasanya. bkn sekadar menjadi saksi untuk mgajjar syahadah..tp perlu mmberi keterangan secara umum mengenai konsep islam, iman n ihsan..berulang kali sy katakan pd dia..walauapa pun yg akan terjadi slps ini..jgn malu untuk mengaku sbg muslim..di saat Islam itu dihina dan ditindas.. Allah telah memilih Mohd Faraisy bin Abdullah untuk bergelar muslim..maka bertambah lagi pada saat ni bilangan saudara muslim kita. ada hikmah di seblik semua ni. saudara faraisy cuma merenung dan menangguk-anggukkan kpalanya.entah faham ke tidak tu.hehehe..

emmm..lastly..sy doakan moga saudara-saudarakuku di rumah Transit Darul Hidayah terus diberkati dan diberikan sepenuhnya kasih syg dari Allah. kpd sume saudara baru yang lain..moga trus istiqomah dgn Islam..bawalah nilai Islam itu walau dimana kita berada..kita serupa je bila bergelar muslim..apa yg mmbezakan iman n taqwa..ok lah..posting ni juga nk wat ucapan terima kasih n penghargaan tidak terhingga kpd sume warga rumah transit dan jaipp..spt ustz shahrul (boss), ustz malik, ustazah hafiza hanidawati, ustaz fazli (big bos), ustaz ghazali (big2 bos), ustz afifi, ustz zahril, kak syikin, kak batrisya, kak hajar, aisyah, nurul, farhana, sarah, aliya, ibu, mama kartina, mama kartija, pak cik amin, farhan, alex, asyraf, ariffin, mamu, syanira, kak maria, daniel, pa cik oyama, pak cik mail siam, pak lang, pak awang, pak cik ahmad said..dan sume pihak yg terlibat scara langsung atau tidak spjg sy menjalani latihan praktikal selama dua bulan ni..Hanya Allah je yang mmpu balas..tooo che..

12 April 2009

Manifestasi Keberanian


NUQMAN BIN MUQARRIN


Ketika pasukan muslimin yang berjumlah 30,000 orang sedang bersiap menghadapi tentera Parsi seramai 150,000 orang di Nahawand, Khalifah Umar al-Khattab bercadang melantik Nuqman sebagai panglima tertinggi pasukan Islam. ketika bertemu dengannya setelah solat berjemaah, Umar berkata : "aku ingin mengutusmu untuk suatu misi."

Nuqman segera menjawab : " Jika untuk mengumpulkan harta, aku menolak. Namun jika untuk jihad fi sabilillah..aku bersedia."


ABDULLAH BIN HUZAFAH


Abdullah bin Huzaifah al-Sahmi, seorang sahabat Nabi saw, diutus oleh Khalifah Umar dalam sebuah misi menawan kota Al-Qaisariah yang dijajah Kristian Rom. Pasukan Islam mengalami kekalahan, Abdullah bin Huzafah bersama ratusan tenteranya ditawan. Raja Rom yang mengetahui bahawa Abdullah ialah seorang sahabat Nabi, beliau segera memanggilnya lalu menawarkan sesuatu yang sangat menggiurkan : "mahukah kamu masuk agama Kristian dan aku akan memberikan kepada kamu setengah daripada kerajaanku?"

Abdullah bin Huzafah dengan tegas menolak dan berkata :"Andai kamu memberiku seluruh kerajaanmu bersama-sama kerajaan yang berada di tanah Arab sekalipun, aku tidak akan meninggalkan agamaku."

18 Mac 2009

.;Hanya Setempayan Air:.


"esok, setiap satu keluarga dikg ini mesti menyumbangkan semangkuk susu utk membantu askar2 kita yg sedng dlm perjalanan menuju ke medan perang utk mempertahankan negara," kata seorang penghulu dgn begitu bersemangat sekali dlm satu perhimpunan seluruh penduduk kampungnya.

"tidak banyak, hya semangkuk susu". tambah penghulu itu lg.

"sy letakkan sebuah tmpayan besar dihalaman rumah sy pd ptg ini. kamu semua bleh menuang semangkuk susu yg dimasukkan mulai ptg ini shhga awal pg esk. tentera kita akn sampai sblm tgahari dan dapatlah mereka minum sblm meneruskan perjalanan pd waktu ptgnya". jelasnya dgn pjg lebar.

"ah..aku akn mmbawa hya semangkuk air dan tdk akn ada sesiapa yg tahu bla aku campurkan dgn susu yg byk dlm tmpayan besar itu," bisik hati seorang penduduk kg.

" klu aku tuangkan semangkuk air ke dlm tempayan, tdk akn menjejaskan apa2. hari pun dah gelap," detik rasa seorang penduduk kg yg lain.

Esoknya, alangkah terkejutnya si penghulu dan seluruh penduduk kg bla yg terkumpul didlm tmpayan itu bknlah susu..tp hanya setempayan air!!! (solusi 4)

11 Mac 2009

Sesiapa yang tidak berSYUKUR dengan yang sedikit pasti tidak akan berSYUKUR dengan yang banyak..

" sesiapa yang tidak bersyukur dengan pemberian yang sedikit, dia juga tidak akan bersyukur dengan pemberian yang banyak. siapa yang tidak mensyukuri manusia, beerti dia juga tida mensyukuri Allah. Memperkatakan nikmat Allah itu adalah tanda syukur, dan mengabaikannya adalah kufur. berjemaah itu dirahmati, sedankan berpecah belah itu mengundang azab ".
(hadis riwayat Ahmad)

alhamdulillah..alhamdulillah..alahamdulillah..
Perasaan tenang itu tetap Allah beri walau kita sedang jatuh dan payah untuk berdiri. Nikmat ketenangan ini tidak terharga nilainya..subhanallah..


Bila engkau memandang segalanya dari ALLAh..
yang mempercepatkan segalanya..
yang menimpakan ujian..
yang menyebabkan sakitnya hatimu..
yang membuat keinginanmu terhalang..
dan yang membuat tangisanmu berpanjangan..
pasti damaikanlah hatimu
kerana masakan ALLAH sengaja mentadbirkan
segalanya dengan sia-sia?
bukan kerana Allah tidak tahu betapa deritanya hidupmu
tidak mengira betapa banyaknya air matamu mengalir..
tp mungkin itulah yang DIA mahu..
kerana DIA tahu hati yang sebegini
lebih LUNAk dan lebih MUDAh
untuk dekat denganNYA..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...