AhLan..

18 Oktober 2009

oh..NIATKU IKHLAS..kerana ALLAH taala..

Apa yang aku buat selama ni kerana Allah..
Apa yg penting..'niat'..biarlah org nak kata ape pun..
IKHLAS...percayalah apa yg saya lafaz..hanya Allah je yang tau

sedapkan bile kita dengar org cakap camtu?rasa..bertapa baiknya manusia tu..kalau rasa nak marah..jadi sejuk je ati bile dengar org lafaz macam kat atas ni. kadang2 susah nak bidas..ye la..menggunakan Allah sebagai sandaran. tak sampai hati lak nak bidas..tul tak?

meh dengar ayat ni pulak..

1) "saya kawan ngn awak ni ikhlas..kerana Allah..percayalah. setia saya hanya pd awak.
(lafaz dari pakwe sambil memegang tangan awek nye..)"

2) "kite wat konsert amal malam ni sebab nak bantu mangsa bencana alam di padang, indonesia.jangan risau..artis2 yang kita jemput ni..niatnya kerana Allah..dorang nak bantu sesama muslim cam kita juga..moga Allah merahmati konsert kita malam ni. harap tak hujan lah..mahal baju artis kita tu..rugi nnti."

3)"jadi jkk kampung ni bukan mudah..org tuduh kita macam2..tp biarlah org nak kata ape pun..janji niat kita baik..yang penting niat tu.."

4)"ape2 yg kita lakukan..mesti niat tu yg paling utama utk dpt keredhaan Allah..krn Allah kita lakukan sume ni.."

4)"utk merahmati majlis annual dinner pada mlm ni..kita buka dengan ummul kitab..al fatihah."

kih3..nak tergelak pun ada setiap kali dgar ayat2 camni..kesian rase..camner kita nak bantu org yg macam ni ye?..nk bagi kefahaman bukan mudah. sungguhpun niat itu sudah berpaksikan yg benar dan haq..namun perlaksanaannya serong. jauh konsep Islam. malah mengundang kemurkaan Allah. sedih sgt..meletakkan Allah sebagai 'saksi' utama..tp selepas tu lain yg pulak jadi. sanggupkah kita menjadikan Allah sebgai sandaran dalam melakukan perkara yang mungkar?

sebaik mana pun niat kita..ia tak mampu menghalalkan semua cara..jangan jadikan 'niat krn Allah ini' sebagai dalil yg kuat bagi menutupi perkara yang mungkar.

begitu juga dalam kita berkerja atau menjalankan taklifan yg terpikul diatas bahu..terutama dalam amal islami..mencegah kepada yang maaruf dan melarang kepada yg mungkar..perlulah memenuhi etika sebagai muslim sejati. sifat tidak amanah, tidak jujur, sambil lewa, tidak menepati janji, menipu, hasad dengki, fitnah mengfitnah, bertolenrasi dengan pkra yg mungkar, tidak mengatakan yg haq, tidak adil dan lain-lain lagi..akan mgundang kemurkaan yg lebih besar dari Allah..astaghfirullahalazim...bukan mudah utk lafaz 'niat kerana Allah'..kan..

seperti kata seorang penyair arab ;

kita menampal dunia kita dengan mengoyakkan agama kita..tp..tidak ada satu pun yg kekal baik dunia ataupun akhirat..


berikut merupakan beberapa perkara yg berkaitan dengan IKHLAS..:


IKHLAS maksudnya ialah melakukan setiap amalan hanya untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT.
AMALAN maksudnya melakukan perintah Allah SWT dan meninggalkan laranganNya



Ikhlas adalah nama lain bagi iman. Semakin kuatnya iman maka semakin kuatlah ikhlas. Untuk mendapatkan ikhlas, kita perlu mendapatkan iman yang kuat. Untuk memperkuatkan iman kita perlu membuat kerja Nabi saw dengan cara Nabi saw.



Untuk mempastikan setiap amalan yang kita lakukan itu ikhlas maka kita hendaklah memeriksa NIAT kita di permulaan, di pertengahan dan di akhir setiap amalan.



krn terlalu cintakan dunia..kita lupakan pencipta kita..kita campur adukkan yg paling Agung dengan yg batil..jgn kita lupa..krn yg batil itu juga merupakan makhluk yg turut sama akan ditelan bumi..











wallahua'lam..


peringatan ini utk diriku lebih2 lg..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...