AhLan..

29 Disember 2009



Segenggam Tabah

Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian
Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar

Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya

Senilagu : Fadzli Far East Senikata : ITO Lara

24 Disember 2009

ketulusan hati..



Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Cintaku hanya indah
Hanya bahagia untuk selamanya
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk diri-Mu
Kau biarkan kasihku
Mencintai-Mu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis
hanya tulusnya hati
mencintaimu tak mengenal ragu
keyakinan hatiku hanya untuk diri-Mu selalu
Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Tak ada seribu janji
Hanya bahagia untuk selamanya
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk diri-Mu
Kau benarkan kasihku
Mencintai-Mu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
Mencintai-Mu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk diri-Mu selalu
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk diri-Mu
Kau dengarkan kasihku


(anuar zain)



Allahu Rabbi..peliharalah hatiku ya Allah..kuatkanlah langkahku..aku tak nak menoleh lagi.krn hambuMu ini..sangat lemah saat ini..

10 Disember 2009

ira..welcome back!!



Asslammualaikum..

emm..rasanya blog ni bkn bersawang je, berkawang, berjiwang semua ada. dah lama sgt sy tak mengarut kat sini. rasanya kwn2 nu..sume dah sumpah seranah. bile nk ada entry baru. tangan ni yg tak nak tulis. bukan salah saya..tul tak?huhu. allahmdulillah..semester tujuh dah tamat. n skrang dah dipertengahan cuti pun..tinggal beberapa hari je lagi nak balik kampus. bila kat kampus, rasa nak cepat2 cuti n nak blik penang. tp bila kat kampung nih, rasa rindu sangat kat kampus tu. rindu shbt2, kwn2, pensyarah2, jiran tertangga dan yang paling rindu..projek tahun akhirku..tesis!!! alhamdulillah setakat nih..tajuk tesis dah dapat greenlight dari musyrif (ustaz razali awang) tajuknya : Solat Jamaah dan kesannya terhadap aktiviti sosial setempat. satu kajian kes di Surau Al-Ikhwan, Kampung Gelung Bilal, Pasir Panjang. Kuala Terengganu. amacam, best tak tajuknye? puas tergolek utk dapat tajuk yg jz macam ni. mudah-mudahan Allah bagi kekuatan dan kelapangan dalam menyiapkannya.

alhamdulillah..raja eid adha kali ni mgkin tercatit salah satu memories yang terbest dalam hidup..hehe..dapat kumpul sefamily dan makan angin 3 hari di batu feringghi. dapat le relax betul2. hilang semua kepeningan nih. kalau kena buli ngn anak2 sedara tu kira normal lah..kih2. tak pe la klu dorang hepi..maksu pun hepi. tak de la tertekang sangat. trimas yang tidak terhingga wat mak ayah (haji said dan hajah asma), family a.chaq, family kak da, family a.cik dan family abg heri..tahun depan jgn lupa plain lagi yek. mana nak tau kot2 nak mai terengganu pulak.hehe.

dalam tempoh cuti ni, ada gak beberapa program yang dapat join. tu pun tak dapat yg sepenuh masa. jz hujung minggu. mudah-mudahan dapatlah memberi atau menerima walaupun sedikit input. then..sepanjang cuti ni juga kalut kumpul rujukan untuk tesis sy..dan sibukla juga cari kedai buku dan mungkin terpaksa bertapa di library seberang jaya tu. susah juga nak dapat rujukan nih, terutama yang ada kena mengena dengan fungsi surau. andai ada sahabat2 yg terjumpa sebarang buku, artikel majalah, jurnal, tesis2 lama atau sebarang info dan maklumat mengenai solat jamaah dan fungsi/ kepentingan surau@masjid..minta tlg sgt2 hubungi saya yek..moga jasa tuan dan puan diberkati. hehehe.

ok ye..insyallah..andai ada masa..kita jumpa lagi..wslm..

sementara ada ruang dan peluang untuk kita



subahanallah..akhirnya..tergerak juga hati ni nak menulis..post apa yg patut. dulu beria sgt nk berblog. tp ble dah ada kemudahan wifi diasrama..malas sgt nk menaip..biarpun waktu tu free. tu la..bile dah ada kemudahan tak nak hargai..tp bile dah tak de.bru terkapai2..

emm..terlintas satu ungkapan..
"kadang-kadang kita tak menghargai kehadiran seseorang..sehinggalah dia pergi barulah kita terasa kehilangannya. jadi hargailah sesuatu yang telah kita miliki selama ni. hargai apa yg masih ada dsisi.."

inilah lumrah alam..Allah dtgkan nikmat dan rahmat dihadapan mata. betapa luasnya kasih dan sayangNya..mengharapkan hambaNya menghargai..tunduk dan terus sujud padaNya..da seterusnya makmurkan bumi Allah ini. bayangkanlah..jika Allah tarik hanya sesaat je udara dari kita. Allah..lambatkan matahari naik sesaat. Allah..hentikan masa sekejap. apa yg akan jadi waktu tu?

Diriwayatkan oleh al-Imam al-Hakim daripada Ibnu Abbas r.a Rasulullah saw talah bersabda yang bermaksud:
"Rebutlah lima keadaan sebelum datang lima keadaan yang lain, iaitu keadaan muda sebelum kedatangan waktu tuamu, keadaan sihatmu sebelum kedatangan waktu sakitmu, keadaan kaya (berada) sebelum ketibaan keadaan fakirmu, keadaan lapangmu sebelum kedatangan waktu sibukmu dan masa hidupmu sebelum tibanya kematianmu."
Alhamdulillah bagi mereka yg menghargai setiap detik yang ada dalam hidupnya. bukan mudah untuk memastikan setiap hembusan nafas dan langkah ini sentiasa dibawah barakahnya. hati ingin berjuang..matlamat sudah pasakkan supaya Islam itu yu'laa wa la a'laih. tp bile sampai masanya..nafsu menolak dan jiwa meronta. padahal pada masa tu..telah Allah hadiahkan kelapangan masa, kekuatan tenaga fizikal+mental dan kelebihan harta disisinya. berbeza dengan mujahidin lain yg terpaksa merangkak, menahan sakit dek keterbatasan dalam zone langkahnya.
di mana salah dan silapnya?

justeru itu..pesan untuk diriku lebih-lebih lagi. gunakanlah nikmat dan rahmat yg ada saat ini. supaya kita tidak menyesal dikemudian hari. lebih-lebih lagi pada mereka yang telah sampai 'seru' nya untuk beramal islami ini. turunlah dalam masyarakat..lihatlah barah yang sedang menular. usah beruzlah sedangkan saudara seakidah diluar sana sedang dimamah nanah. sementara masih ada ruang dan peluang untuk kita..penuhilah ia. gunakan semaksimum mungkin. sampaikanlah risalah Allah walau se ayat.




ira..plz wake up..tabah n..kuatlah..jgn mngaku kalah!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...