AhLan..

22 Mac 2009

kata mak..


emm..baru-baru ni ada call mak kejap..

saja nak cari kekuatan bila dpt dgr suara mak..dismping ada juga unsur2 mencari pasal dgn mak..hak3..sja..nk bagi mak ketawa.hee.
ada sdkit urusan yg perlu dijelaskan dan diselesaikan..spy mak tak fikir byk lps ni..

kata mak..jgn terlalu berjanji dgn org..usah terlalu yakin dgn org..pengharapan tu hya pd Dia..byk berserah n berusaha..

mcm tu lah mak..byk beralah..tp kdg2 kita tak sedar pun kan.

ank mak sorang ni, dah lama benar berada dibumi org..risau katanya.ala...takpelah mak..sekurangnya sy kat malaysia lg..member nu..jauh kat mesir..blik raya pun blum tntu lg tau..hehehe..sy ni, bleh lg rasa gulai ikan ngn ayam goreng mak..hak2..(ops..bocor rahsia).

pesanan mak..kena ingat sokmo..dah terjatuh, baru nak sedar..kira malanglah tu.huhu.

mak..
pe2 pun..tggulah hujung mggu ni ye..sy blik bwa rombongan sebijik bas udm kaler merah..parking depan umah kita tu lg...hak2.

ok lah..nk g klas dr fadzli adam..huhu.sempat lg nak merapu..moga terus diberi kekuatan.aminn...

Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia,
sedekahkanlah satu senyuman walau dihatimu tak lagi mampu bertahan,
belajarlah memaafkan walau dirimu terluka,
berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran,
hiduplah dalam Iman walau hari dipenuhi dugaan
dan berpeganglah kepada Allah walau Dia tak kelihatan...
Bukti kasihNya,kita wujud didunia pinjaman ini.

Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara
dan..
yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNya
yang mengakui keimanan kepadaNya.
Jangan terlalu banyak berkhayal untuk jadi yang terbaik
kerana hidup tak semudah itu,
perihal kehidupan sebagai cermin
dalam menilai sebuah pengabdian yang hakiki lagi abadi...
Moga lelahmu dihargai Ilahi walau dicemuh insani =)
senyumlah ira..

21 Mac 2009



Rintihan Cinta-Mu..Cintaku

Ya Allah...Ya Rahman...Ya Rahim...
Allahu Rabbi aku minta izin,
Bila satu saat aku jatuh cinta,
Jgn biarkan cintaku untuk-Mu berkurang,
Hingga membuatku lalai akan adanya Engkau;

Allahu Rabbi aku punya pinta,
Bila suatu saat aku jatuh cinta,
Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Mu yang tidak terbatas,
Biar rasaku pada-Mu tetap utuh;

Allahu Rabbi,
Izinkanlah bila suatu saat aku jatuh hati,
Pertemukanlah kami,
Berikanlah kami kesempatan utk lebih mendekati cinta-Mu;

Allahu Rabbi,
Pintaku yang terakhir adalah seandainya aku jatuh hati,
Jangan pernah Kau palingkan wajah-Mu dariku,
Anugerahkanlah aku cinta-Mu,
Cinta yg tak pernah pupus oleh waktu.

Pencinta-Mu Ya Rabbi...
( Madah Abdul Ghani, penyair sufi)
shahir..cinta Allah itu lebih indah..

18 Mac 2009

.;Hanya Setempayan Air:.


"esok, setiap satu keluarga dikg ini mesti menyumbangkan semangkuk susu utk membantu askar2 kita yg sedng dlm perjalanan menuju ke medan perang utk mempertahankan negara," kata seorang penghulu dgn begitu bersemangat sekali dlm satu perhimpunan seluruh penduduk kampungnya.

"tidak banyak, hya semangkuk susu". tambah penghulu itu lg.

"sy letakkan sebuah tmpayan besar dihalaman rumah sy pd ptg ini. kamu semua bleh menuang semangkuk susu yg dimasukkan mulai ptg ini shhga awal pg esk. tentera kita akn sampai sblm tgahari dan dapatlah mereka minum sblm meneruskan perjalanan pd waktu ptgnya". jelasnya dgn pjg lebar.

"ah..aku akn mmbawa hya semangkuk air dan tdk akn ada sesiapa yg tahu bla aku campurkan dgn susu yg byk dlm tmpayan besar itu," bisik hati seorang penduduk kg.

" klu aku tuangkan semangkuk air ke dlm tempayan, tdk akn menjejaskan apa2. hari pun dah gelap," detik rasa seorang penduduk kg yg lain.

Esoknya, alangkah terkejutnya si penghulu dan seluruh penduduk kg bla yg terkumpul didlm tmpayan itu bknlah susu..tp hanya setempayan air!!! (solusi 4)

SMS SahaBatku

kawan ibarat spt satu jasad. apbl 1 anggota sdg kesakitan, maka anggota lain trut sama merasa sakit dan berjaga mlm..
tap! (byi sms masuk) jam 1358-dr Iman
[la..sy suka tgok akk syumla td sy hntr msj.nape akk akk tya mcm tu?sy suka tgok akk syum wlupun sy th byk bnd y akk pndm dr kmi.]
tap! jam1501- dr solehah
[aku minta pd Tuhan stgkai bunga segar, Ia beri kaktus berduri. Aku mnta kupu2, diberi ulat berbulu. aku sdih dan kecewa. nmn kmudian, kktus itu brbunga, indah sekali n ulat itupun mnjd kupu2 yg cantik. itulah jalan Tuhan, indah pd masaNya! Tuhan tak mmberi apa yg kite suke, td Dia mmberi apa yg kita perlukan. kdg kita kecewa, terluka. tp jauh diatas segalanya Dia sdg mengatur yg terbaik dlm kehidupan kite..]
tap! 1530- dr kalam Hikmah
[yg MULIA dicipta di alam ini adlh MANUSIA,yg plg mulia pd MANUSIA adlh HATInya dan yg plg berharga pd HATInya adlh IMANnya..]

17 Mac 2009

Duhai Mata Yang Sedang Menangis



Sungguh bertuah kau masih mampu menangis..usah ditahan tangisan itu..
Luahkannya dengan rasa takut dan harap pada TuhanMU.
Benar..tangisan itu tak mampu mengembalikan masa lalumu.
Jangan biarkan tangisan itu membibitkan kabus pada masa depanmu.
Anggaplah ia sebahagian daripada masa sekarangmu untuk
melonjakkan amal dan perubahan untuk hari esok.

Sesungguhnya tangisan kerana Allah swt ketika gembira atau derita
ialah ubat mujarab untuk mencari ketenangan hidup.
Dengarilah pesanan Rasululah saw dalam menyampaikan kalam Yang Esa:
"aku haramkan neraka kepada mata yang selalu menangis kerana takut kepada Allah."
(Riwayat Ahamad dan Al-Nasai')

fatimah syarha-solusi 4

..:tanya sama hati:..



Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan
"kami telah beriman" sedangkan mereka tidak diuji?

11 Mac 2009

Sesiapa yang tidak berSYUKUR dengan yang sedikit pasti tidak akan berSYUKUR dengan yang banyak..

" sesiapa yang tidak bersyukur dengan pemberian yang sedikit, dia juga tidak akan bersyukur dengan pemberian yang banyak. siapa yang tidak mensyukuri manusia, beerti dia juga tida mensyukuri Allah. Memperkatakan nikmat Allah itu adalah tanda syukur, dan mengabaikannya adalah kufur. berjemaah itu dirahmati, sedankan berpecah belah itu mengundang azab ".
(hadis riwayat Ahmad)

alhamdulillah..alhamdulillah..alahamdulillah..
Perasaan tenang itu tetap Allah beri walau kita sedang jatuh dan payah untuk berdiri. Nikmat ketenangan ini tidak terharga nilainya..subhanallah..


Bila engkau memandang segalanya dari ALLAh..
yang mempercepatkan segalanya..
yang menimpakan ujian..
yang menyebabkan sakitnya hatimu..
yang membuat keinginanmu terhalang..
dan yang membuat tangisanmu berpanjangan..
pasti damaikanlah hatimu
kerana masakan ALLAH sengaja mentadbirkan
segalanya dengan sia-sia?
bukan kerana Allah tidak tahu betapa deritanya hidupmu
tidak mengira betapa banyaknya air matamu mengalir..
tp mungkin itulah yang DIA mahu..
kerana DIA tahu hati yang sebegini
lebih LUNAk dan lebih MUDAh
untuk dekat denganNYA..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...