AhLan..

Memaparkan catatan dengan label hati. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hati. Papar semua catatan

04 Oktober 2011

Maaf, ana sudah bertunang...

Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"

Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."

"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."

"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."

Ibu angguk perlahan.

Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.

"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

"Bila enti menikah?"

Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.

"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak! " Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.

"Insyirah, jom makan!"

Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

"Tafaddal, ana puasa."

Sahabiah juga semakin galak mengusik.

"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"

"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.

............ ......... ......... .........

"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."

"Tenangnya.. . Subhanallah. Allahuakbar. "

"Ya Allah, tenangnya... "

"Moga Allah memberkatinya. ..."

Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.

Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.
Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.
Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.

Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."

Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...

"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."

"Allahuakbar. .." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan.. ."

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.

"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."

******************
Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.
 

15 Mei 2011

HATI

Jam1.30 am...

Td..saya ke bilik tv..sy ke sana sbb saya dah tak mampu nak berada di bilik sendiri..
sebelum sampai dibilik tv....saya melalui musolla....musolla tu kosong...
saya memerhati pintu bilik teman...hurmmm...terasa bosan..
saya beralih lihat pandangan diluar...sunyi...takde sesiapa pun..
saya meneliti jauh ke jalan raya...hanya kelihatan kelam dan sepi
saya masuk bilik tv..ye ada ramai pelajar lain disitu...ruangan jadi bising dan menyerabutkan
tp...saya tetap nampak semua tu takde pe2..ianya tetap kosong.......
spt kosongnya hati sy sekarang..

macam tu lah agaknya perjalanan hidup..
sesekali bila dipenuhi dengan pelbagai perkara yang menyesakkan
apa yang dilalui hari2..tetap terasa kosong...
sungguh..hati ni rasa sepi....

Mata memandang tesis..hati jadi tawar sesangat
Dapat bercakap dengan mak...tp tak pasti apa yg nak diluahkan
Teringat pensyarah2..tp hati jadi resah pula
Komitmen kerja tiba-tiba minta di beri perhatian..ada tugasan yang perlu diselesaikan
namun masih tp tak pasti..kenapa semuanya tak mampu dilaksanakan.
Saya dah takde semangat..
Saya dah takde hati...

Ya Allah..
Engkau yang mencipta hati ini..
Engkau jua yang berhak ke atas hati ini
Engkau juga yang mencampakkan segala apa yang ada dalam hati ini
Allahurabbi..Engkau yang hadiahkan hati ini..namun..
aku hamba yang tak mampu memeliharanya..
janganlah Engkau murka ya Allah..
dan usahlah biarkan diriku sendiri menjaga hati ini
sungguh...aku hamba yang lemah..

Mohon pdMu ya Allah..
Moga ditukarkan hati ini..
Andai hati ini tak sesuai lagi menjadi milikku...

  

merindui......
dekat tapi tak mmpu menggapai...
sakit..hanya Allah je yg tahu....Allahurabbi...
maafkan akk...
(~_~)

02 Mei 2011

Pasrah Segalanya

DeHearty
http://liriknasyid.com
Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau Maha Mengetahui
Segala apa yang terbuku di hati

c/o : Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai
Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci

16 April 2011


kata mak
" sabar..pasti ada hikmah.."
kata abang
" abg sentiasa mendoakan utkmu adik"
kata kakak
"jangan bersedih...Allah sedang mengaturkan yang terbaik untukmu"

tidak...
Saya tak bersedih...sungguhhh...cuma..saya punya impian...ada ada mimpi yang ingin dikejar...
tp saya sedar saya hanya mampu melihat...tersenyum...dan menumpang rasa gembira dan kebahagiaan yang akan mereka miliki...ye...buat masa ni..saya hanya mampu menumpang perasaan itu..

buatmu teman...sahabat....maafkan saya kerana terpaksa 'menumpang' lagi..bergembira dan cuba meraikan semampu yang boleh...namun dalam hati ini....tertanya-tanya, sampai bila harus menagih simpati...mohon ruang untuk terus menumpang perasaan bahagia itu...maafkan saya ye...

awa..enul...doakan saya kuat ye....terlalu menyayangimu...

enul, ira n awa..

13 Februari 2011

Ku Serah Cinta

Ku Serah Cinta

Album : In-Team'04
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com

Ku serah segala ketentuan
Biarlah masa yang berbicara
Dipangku wajah yang layu
Dan aku telah jemu

Aku tidak mahu berpaling
Pada yang mengganggu dan menggugat
Sapanya meletihkan diri
Hadirnya mengundang penat

Akan ku serah cinta ini
Bukan lagi pada manusia
Kerana cinta martabat itu
Bersalut segunung kepalsuan
Dan kepuraan

Aku semakin tidak peduli
Apa yang mungkin akan terjadi
Kerana gerak dan tindakanku
Mahu bebas dari masalah

Ku serahkan cinta ini
Hanya padaMu, oh Tuhan

Akan ku serah cinta ini
Bukan lagi pada manusia
Kerana cinta martabat itu
Bersalut segunung kepalsuan
Dan kepuraan

Aku adalah aku sekarang
Biar terbuang tetap berjuang
Akan ku serahkan jiwa ini
Sepenuh hati dengan keikhlasan
Aku adalah aku yang sekarang
Ku serahkan cinta ini

Lagu : Manis Helma (Hijjaz Records)
Lirik : Pahrol Md. Juoi (Genta Rasa Publishing)
Penyusun Muzik : Belle
Penerbit : Isman Isam
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.


08 Februari 2011

Berjalan Tanpa Henti

Berjalan Tanpa Henti



(devotees)

Bagaikan jauh jalan yang kutempuh
Langkah demi langkah akan kugagah
Hari demi hari berjalan
 tanpa henti
Yakinku ada sinar yang menanti

Bila dah bertemu arah
Yakin penuh pasrah
Pada-Nya yang kuasa di kau berserah

Jika kau rebah
Jika kau kalah
Bersaksilah rahmat-Nya akan terserlah

Segala kepahitan segala keperitan
Terima bagai penghapus dosa
Malang yang menimpa
Duka yang melara
Mungkin di baliknya ada bahagia

Jangan jangan berputus asa
Dari rahmat-Nya Yang Maha Esa
Jangan jangan kita lupa
Ujian lumrahnya dunia






07 Disember 2010

Rintihanku..

Bismillahirrahmanirrahim


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam.  Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, ahli keluarga, dan sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, 
telah berlalu setahun dalam hidup kami.  Sesungguhnya Engkau telah menganugerahkan kami nikmat-Mu yang tidak dapat kami menjangkau kehebatannya.  Engkau telah memelihara kami daripada keburukan yang tidak mampu kami menolaknya.  Kami telah melakukan dalam tahun tersebut perbuatan dan amalan yang Engkau Maha mengetahui baik dan buruknya.


Ya Allah, 
Sekiranya amalan tersebut bersesuaian dengan ketetapan-Mu, terimalah dan catatkannya sebagai amalan soleh kami di sisi-Mu.  Dan sekiranya amalan tersebut berbaur dengan sifat riya’, ujub, dan menunjuk-nunjuk atau kami lakukan perilaku dosa, kesalahan dan keinginan yang buruk, maka kami pohon pengampunan-Mu dan tutupilah segala keaiban dan kesalahan.  Ya Allah terlalu banyak perkara salah yang telah kami lakukan dan tidak Engkau redhai, malah Engkau juga tidak pernah melupakannya, namun Engkau telah berlemah lembut  ke atas kami walaupun Engkau berkuasa untuk menyiksa ke atas kami ya Allah. Ya Allah..wahai Tuhan kami, telah Engkau berikan peluang supaya kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat dan segala dosa ke atas Engkau. Ya Allah...Ya Rahman..Ya Rahim..kurniakanlah ke atas kami kelebihan dan keluasan sifat pemurah-Mu.  Semoga peluang untuk bertaubat itu masih terbuka untuk kami. Ya Allah..Itulah kemuncak permintaan dan doa kami.


Ya Allah, 
Sesungguhnya telah datang kepada kami tahun baru setelah kami meninggalkan tahun ini sebentar nanti, kami tidak tahu apakah yang terkandung dalam pengetahuan-Mu mengenai diri kami.  Kami jahil ke mana arahnya penghidupan kami di alam maya ini.  Harapan kami agar Engkau membuka lembaran tahun baru ini pintu taubat yang jujur dan tulus untuk kami, yang tidak berakhir dengan kekufuran dan kesesatan.  Dan Engkau kurniakan taufiq kepada kami pada tahun ini untuk melakukan amalan-amalan soleh yang Engkau redai, kehidupan yang murni yang Engkau rahmati.


Ya Allah, 
Peliharalah anggota kami agar melakukan ketaatan kepada-Mu.  Peliharalah hati kami agar dipenuhi dengan kecintaan.  Lapangkan hati kami agar dapat kami mendekati-Mu seperti mana Engkau telah lapangkan hati hamba-hamba-Mu yang soleh.  Jadikan kami di antara orang-orang yang menepati janji dalam menjalankan hak.  Jadikan kehidupan kami sebagai saksi yang benar terhadap setiap amalan seperti mana yang Engkau syariatkan kepada kami, Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah, Yang Maha Penganugerah.



ira..keep it up..never lose hope


23 November 2010

suka suki ~ gura guri 3 bulan nie

Assalammualaikum w.b

uihhh...terkejut saya..
dahsyat tu..rupanya dah 3 bulan tak hupdate blog
kesiann..
bz sgt ye?
apa yg di bz kan sgt tu?
takpun sengaja bz kan diri kan =)
kata nabi, gunakanlah 5 waktu sebelum 
datangnya 5 waktu yg lain..


PROPOSAL

Kekasih hatiku sepanjang tempoh tiga bulan ni
selain Allah, Rasul dan family.
Proposal menjenguk minta diberi perhatian
mengada2 la proposal ni kan?
mungkin sbb kurang kasih syg kot..
maka dengan penuh senget dan berjurai2 air mata ni
maka ku cuba hadirkan sepenuh rasa cintaku
takpe..biar apa pun perasaan yg hadir
akn ku gagahi jua. penuhi segala permintaan yg dasyat ni
lumrah..bila dah bercinta, komitmen kena bagi
walau hati tak sayang..kan?
tp ya Allah..kau segala yg Maha mengetahui
akhirnya..rasa cinta ni hadir sedikit demi sedikit
tanpa disedari
Insyallah..akan ku juangkan dan pertahankan ia
demiMu ya Allah
demi agamaMu ya Allah
'Hujjatul Islam'


KEKUATAN
hurmmm..bosannye..
bile lafaz 'bosan' ni terkeluar
tiba2..isyhh...haipppp...!! ayakkk..dush3x!
Maka Allah hadiahkan sesuatu
ye..isilah masa itu supaya kebosanan tu hilang
kata nak infak diri untuk Islam kan?
So..prove it!
Alhamdulillah
ada ruang dan peluang itu
Bertalu2..berderet2..berminggu2
Tp saya sedih
coz saya tak mampu berikan terbaik
dan sempurna seperti yang diharapkan
Hingga kini ketakutan dan kegentaran tu masih ada lagi
Nak cabar diri?masyallah..saya takut dengan diri sendiri
Plz 'jgn berada dalam zone selesa' 
pesanku untuk diri sendiri.
Allahurabbi..berikanlah ku kelapangan dan kekuatan hati




MEDAN JIHAD ~exam~


Syukur Alhamdulillah
exam dah habis tepat jam 11 pagi pada 22 nov 2010
walaupun hanya dua paper untuk sem ni
tp kerisauannye tetap luar biasa.
Sebelum masuk dewan exam,
biasanya pasti call mak n ayah
mohon restu dan maaf.
Anakmu ini terlalu banyak mengguris hatimu
peristiwa pagi tu takkan saya lupa
saya simpan sebagai teladan
sumpah! saya takkan ulangi..
kesedihan ini saya pendam supaya ia perisai buat saya
hangatnya pelukan mak 
kasarnya tangannya ayah bila bersalaman
akan saya simpan..
saya nk jadi anak bertuah
anak yang bawa syafaat
walau tak semudah yang disangka..
Allahumma ameen..




RINDU
ye akak rindu..sob2..
hurmmm..terlalu merindui
walaupun akk tau korang dah bosan mendengarnya
tp tetap nak menzahirkan juga
akak rindu
masih terasa angin pantai di sana
masih tersisa sentuhan itu
masih teringat saat itu
masih terbayang kisah itu..
masih terbayang gelak tawa kita 
masih terasa basah dijari kesan air matamu
masih terngiang kata2 semangatmu
masih terkesan semangatmu
masih terhidu wanginya ukhuwah itu
Ya Allah...
akak rindu........rindu...
dari jauh..hanya doa rabitah ni
menjadi penghubung hati antara kita..
'kak yus...... =('





05 Ogos 2010

PerJaLanan Yang Terasa Makin Jauh dan Sukar



Syukur Allahmdulillah kerana dengan kasih dan sayang dariNya saya terus bernafas dalam nikmat iman dan islam dalam hati ini..


rupanya dah sebulan saya tak tidak menulis apa2 entry dalam blog ini..bermakna selama sebulan jugalah terlalu byk perkara yang telah dilalui.. 


4 JULAI 2010 : mana mungkin boleh dilupakan tarikh ni. Berkumpul seluruh ahli keluarga (kecuali kakak yang berada di Swiss). malam ni kami makan besar.. big bro belanja sup ketam kat Juru..perghh..sedap gile. tp bukan nk cerita betapa bestnya seafood tu..tp seronoknya bila sesekali dapat berkumpul bersama semua ahli keluarga. menghepikan diri, menenangkan fikiran dan yg penting bertambah kasih syg sesama ahli keluarga. emm..ada juga kek coklat chees..ha..special untuk bufday saya..huhu..dah lama tak dpt surprise kek camni..alhamdulillah..terima kasih to my lovely sis in law..kak nora. 1st time tau merasa kek camni..sedap!! Sebenarnya makan besar malam tu nak rai byk perkara juga..Pertama 'welcome home to maksu..sempena dah habis belajar kat ganu..', Kedua ' meraikan bufday maksu n afif danial', Ketiga 'sempena graduation day nanti' dan Keempat 'wedding anniversary abg chaq n kak nora'. alhamdulillah..moga ikatan keluarga kita terus dilimpahi rahmat dan keberkatan dari Allah..mesti mak ayah pun hepi mlm tu kan..

Menerusi firman ALLAH yang bermaksud: “Dan di antara tanda kekuasaannya ialah menjadikan untuk kamu dari diri kamu sendiri pasangan-pasangan untuk kamu menenangkan diri kamu kepadanya, dan Dia menjadikan antara kamu perasaan kasih-sayang dan kasihan belas” (Ar-Rum : 21)

bertambah usiaku beerti bertambah jauh lagi perjalananku..

5 JULAI 2010 : sebenarnya malam tu dah tak  boleh tidoq. masih kalut packing barang2 n segala persediaan untuk pendaftaran ke USM. Hati masih gundah gelana. rasa tak seronok dan macam2 juga yang sedang runsingkan..Tegarkan hatiku ya Allah.. ku tarik nafas sedalam mungkin..ku hembus sambil menyembut namaMu ya Allah..bantulah aku..semasa sampai di sekolah sains kemasyarakatan, hati rasa sedikit gumbira bila dpt jumpa Dila dan asma. syukur..ada juga kwn2 lama kat sini. Pagi ni ada orientasi ngan school masing2. Berdebar juga bila melangkah masuk dalam bilik meeting C05 (macam biasa..saya diantara yg paling lambatmasuk). Sebaik sahaja duduk atas kerusi, terasa betapa hebatnya keluarga ISDEV ni. berseri2 je wajah2 pensyarah dan pelajar2 MISDEV. Majlis dimulakan dengan bacaan asmaul husna, nasyeed (zikir) dan tazkirah. terasa rendah diri je bila berada dikalangan keluarga ISDEV. terlalu banya kelemahan dan kekurangan diri. emm..mungkin ada hikmah kenapa Allah tempat saya di 'ISLAMIC DEVELOPMENT n MANAGMENT' . untuk kuatkan tarbiyah dan islah diri...insyallah. Seterusnya diteruskan slot2 tertentu yang memberi penerangan mengenai ISDEV. Bagi MISDEV10 kali ini telah ditentukan bahawa 70% adalah disertasi dan 30% coursework. maknanya penumpuan lebih kepada menulis tesis dan hanya terdapat 4 kelas untuk 3 semester.

ye..ku sedar..tidak ada pilihan lain saat ini. laluan yang telah terhampar luas untukku. akan ku teruskan walau apa yang terjadi. telah Allah tetapkan untuk saya terus berjuang di medan universiti sekali lagi. mungkin juga Allah masih mahu untuk ku betulkan segala kekurangan dan kekhilafan diri selama ini.

Firman Allah dalam surah Al Imran : 142 yang bermaksud:   
“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, pada hal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu dan belum nyata orang-orang yang bersabar.”

Firman Allah yang lain dalam Surah Az Zumar;10 yang maksudnya:

“Sesungguhnya diberi ganjaran orang sabar dengan pahala tanpa hisab.”


6, 7, 8, 9 JULAI 2010 : minggu pertama berada di USM, macam2 jadi..kelakar pun ada. saya, dila n asma memang patut diberi gelaran 'the best risk taker'. kalau ikutkan kami ni perlu register asrama 6 julai. tp mengada2 amik keputusan sendiri untuk register 5 julai jugak. sehinggakan terpaksa skip slot orientasi bersama school sebelah petang tu. huhu..tak pasal2 nama jadi pemes tau. aduh..malu jugak..tp setelah di 'push'..maka teregisterlah kami  lebih awal dari orang lain. kalau ikutkan, kami hampir menangis masa dalam proses pendaftaran tu..dan kalau tak kuat semangat memang dah balik rumah rasanya..tak faham jugak proses register kat sini. tp Alhamdulillah..Allah bagi juga sedikit kekuatan untuk teruskan juga sehingga selesai proses pendaftaran pengajian dan desa pada hari tu. maka tercampaklah kami bertiga di Desasiswa Bakti Permai =). syukur..

Desa ni dekat dengan school. jadi tak perlu naik komuter untuk ke kelas..juz jalan kaki. Alhamdulillah..boleh juga mengamalkan senaman jalan kaki setiap hari. nak kata dekat sangat..tak juga..tp oleh kerana alam sekeliling yg cantik, tenang dan sejahtera..maka rasa best je jalan kaki (walaupun lelah juga sebenarnya..huhu. sekaki payung dan sebotol air jadi teman sepanjang jalan).tapi takpe..akan biasakan diri. terapi yang baik utk minda dan fizikal.

pelik juga..setelah berhari-hari berada disini, masih belum terasa bahawa saya dah jadi sebahagian daripada warga kampus ni. terlalu asing walau berada di bumi sendiri. konfius..emm..apa yg dicari ye?kenapa rasa camni?mata melihat dan cuba menafsir apa yg ada disekeliling..masih berusaha..


Postgraduate Welcoming and Oath Taking Ceremony

ucapan daripada Dato' NC
Akhirnya..dapat juga apa yang dihajati. pada 9 julai 2010, semua postgraduate students dijemput ke majlis angkat sumpah di dewan Tunku Syed Putra. ucapan daripada NC, TNC dan dekan IPS sangat memberi kesan pada diri. Selain ucapan tersebut, majlis ni juga memperkenalkan barisan majlis tertinggi USM, slide show universiti, lagu menara ilmu, serta mesej2 lain yang disampaikan yang menunjukkan betapa tingginya harapan universiti pada para pelajarnya. Maka..semangat perlu ditiupkan semula, perubahan dan usaha perlu dilakukan dari saat ini juga..insyallah..

Allah berfirman yang bermaksud: 
"Demi sesungguhnya kami akan menguji kamu dengan dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan berasa) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar." (Surah al-Baqarah, ayat 155).

Allah menjadikan malam itu untuk kamu berehat di dalamnya, dan siang itu terang benderang (untuk kamu berusaha). Sesungguhnya Allah sentiasa melimpahkan nikmat-Nya kepada manusia seluruhnya, akan tetapi banyak manusia tidak bersyukur”.
(Surah Al-Ghafir ayat 61)

"Kesabaran itu menguji ketabahan seseorang. Setiap kesabaran yang disusuli dengan keikhlasan akan menjanjikan ganjaran yang lumayan di akhirat"

..infak diri untuk agama..

02 Mei 2010

SAHABAT..

sy drive slow2..melalui jambatan pulau duyung utk balik ke kampus. malas nk drive ikut batu 6 atau bukit besar. kali ni nak cari ketenangan dengan melalui simpang ke kanan utk ke seberang takir dan bukit tok beng (atas skit dr jambatan)..sebenarnya saya baru je pas hantar shbt balik kat mpkt. beratnye rase kat kepala saat ni..mata asik terbayang ingatkan nadim, syafiqah, maisarah, aisyah, hawa, safiah, busyro, fauziah, acik, najlaa, humaira, adawiyah, fasihah, insyirah, nazhul, zainab dan sahabat2 lain..air mata dr tadi lagi laju je trun..hmmm..cmne nak buat ni?tangan makin lama..makin kuatkan volume radio ikim yg pada masa tu ada carta ikim..tgok jam dashboard baru je menunjukkan jam9.25 pagi. hati rasa nk cari kekuatan kat satu tempat..ye..mesti pergi kat situ kejap!! tp ku perlukan teman..

'acik..wat pe?sibuk tak pg ni?cepat siap..akk g amik acik skrg'
'akk nk bawa acik g mana?' (suara acik cm ceria je)
' tak pe..siap je dulu ek..tak yah lawa2..pakai smple2 je..' (intonasiku dah mula jd sebak semula..tak blh nk kawal)
'ok kak..acik siap skrg.'(suara acik plak dah jd lain..die dah tak tya byk..mungkin konpius)

aduhai...kepala dah makin blur..tak pasti sbb penat ke sbb pk bukan2. Dah sampai kampus..nak senyum kat pak gat pun rasa malas. terus g amik acik kat blok die..tp ntahlah..nape blh salah blok..huhu2..fokus dah mula hilang..tp mujur masih ada sedikit semangat..dah tgok muka acik..hati rasa sedikit terhibur.. kesian acik..tak smpat sarapan.. die bawak roti butterscoth..huhu..lapar sgt la tu..masuk je keta..acik dah buat lawak..tp acik pegang tangan ku ble die tgok tiba2 je saya blh nangis..

'acik teman akk kejap ye..'

saya terus drive keluar smula..lantaklah pak gat nk kata apa..asik muka yg sama je kuar masuk..
nak sampai tmpat ni rasa cm jauh je prjalanan..susahnye nk smpai..tp alhamdulillah..dapat juga smpai wlaupun terikut jalan jauh..huhu..indahnya ciptaan ILAHI..betapa hebatnya Dia menjadikan laut terdampar luas di depan mata..sayunya rasa..apabila menghirup udara angin pantai tok jembal..hmmm..

acik..bukan mudah apa yg sedang akk lalui skrg..bukan mudah nk bertahan smpai saat ni..terpaksa jatuh berulang kali..utk mendapat nikmat yg Allah janjikan..acik..tujuh tahun bukan tmpoh yang sekejap..akk bermula segalanya disini. hanya Allah je tahu apa yg akk rasakan selama ni. secara zahir..mungkin org nampak betapa mudahnya laluan akk..tp yg tersirat itu lebih dahsyat dan sgt memeritkan. acik..Allah hadiahkan akk sahabat2 dan adik2 disekeliling akk..seperti yg akk bgtau dulu..shbt ini diibaratkan seperti tongkat bagi akk..akk perlukan tongkat utk bergerak dan berjalan..akk perlu berpegang pada tongkat tu..tp kan acik..sampai satu masa Allah tarik balik tongkat ni..camne akk nk bergerak acik?acik..akk tak pasti kemampuan akk nnt ble keseorang berada diluar sana..akk mampu ke nk melaluinya keseorangan?acik..akk akan merasai sepeti yang sahabat lain rasa diluar sana selepas dorang habis belajar dulu..akk msti merindui shbt..akk pasti akk akn sokmo ingt kat adik2..

acik..semalam hawa dah balik..akk dah hilang seorang adik..esk sape plak?sedihnya nak melalui saat2 perpisahan...tinggal dua tiga hari je lagi kita bersama2..sejujurnya..akk tak sanggup nak berdepan dengan shbt2 skrg ni..akk tak sanggup nk lihat wajah adik2 tika ini. sebab ape? sbb akk takut..akk akn lagi sakit bile tibe waktu berpisah nnt..kdg2..akk rasa nk lari jauh..jgn ada shbt2 melihat akk..supya akk tak sakit utk ucap selamt tinggal nnt.. tp mmpu ke akk nk buat camtu? perlu ke akk nk wat camtu?akk sendiri keliru..sbb tu lah..kdg2 nmpak cm akk buat tak tau je..tp dalam hati ni sakitnye tak mmpu nk diceritakan..jauh di sudut hati..akk nk habiskan saat2 akhir ngn adik2 dan shbt2..tp cmne?

acik..

akk pasti merindui..

syafiqah n maisarah yg setiap hari dorang akn tya akk : 'akk ok tak hari ni?, tesis akk gane? akk nak makan pe? akk nk g cafe skali?

tak kurang juga dengan humaira' dan najlaa'..usikan dorang menjadi penghibur hati.. : 'ana rindu kat akk'

tu belum lagi hawa dan acik..klu korang tak buat kelakar sehari mmg tak sah..: akap..bile kite nk naik moto lagi?

fauziah dan arin lak..; dorang tak byak ckp..tp senyuman dorang selalu akk jd serba salah nak buat nakal kat deme ni...hadoii..gane nak usik dorang yek?

dua org shbt baik fasihah dan insyirah : klu takde dorang msti sunyi..ye la sape nk promot kepek?

busyro n nazhul..walaupun kita jarang lepak sekali..tp ketahuilah hati ni sentiasa merindui..

n buat nadim dan asiyah..akk msti mrindui saat2 kita gossip sama2..lepak2 n tdo skali..klu nk buat nakal pun kita juga kan..dah lama tak jupe nadim kat blik akk. maafkan akk klu ada yg tersa hati..nnt dtgla amik horlicks lagi ye..akk tak kisah..

acik..akk msti merindui saat2 cm ni..

pg ni..acik byk menjadi tmpat luahan hati..terima ksih byk acik..tak tau ble dpt kuar skali cm ni lagi. time kasih sgt2 cz sudi teman akk..akk nk juga ajak shbt2 lain kuar..tp dah last minit..akk col je sape2 yg akk rasa free..alhamdulillah kita sampai kat kampus jam 11 pagi..

buat sahabat2 ku..hanya Allah je yg mampu balas..tak ada apa2 pd diri saya utk dijadikan tukar ganti atas kasih syg dan pengorbanan yang telah sahabat2 dan adik2 berikan..hanya doa rabithah saja yang mampu ku kirim..tak kan ku lupa saat kita meluangkan masa bersama2..doaku..moga ukhuwah ini berpanjangan..ketahuilah..rasa kasih tak pernah berkurang walaupun tak mmpu dizahirkan..maafkan segala kesilapanku..yg sedar atau tidak..tak bermaksuk nak lukakan hati apatah lagi utk memntingkan diri sndiri..sumenya dilakukan atas dasar ukhuwah tarbiyah pengikat hati.



Pertemuan..telah ditakdirkan
Antara kita tdk prnh dirancangkan..manalah takdir hendak dilawan
Semuanya ketentuan tuhan
Wahai sahabat sematkan semua kenangan yg telah bersama2 kita lalui
Suka dan duka memburu impian
Moga teguhnya ikatan ini
c/o Sahabat..yg amat ku kasihi
Susah senang kau disampingku
Kehadiran dikau dcc..mengubat sepi dihatiku
Wahai sahabat sematkan semua kenangan
yang telah bersama2 kita lalui
Suka dan duka memburu impian
Moga teguhnya ikatan ini
c/o Sahabat..yg amat ku cintai
Susah senang kau disampingku
Walau kini hilang dimata..namun kau ttp di hatiku
Sahabat bertuahnya ku rasa
Mendapat teman sepertimu
Membimbing menasihatiku..hanya satu dlm beribu
Sahabat yg amat ku cintai
Susah senang kau dismpingku
Walau kini hilang dimata
Namun kau tetap dihatiku
Namun kini hanyalah tggl kenangn
Pertemuan kita dilamar perpisahan
Kemesraan memekar diakhir perkenalan
Sayu menitiskan air mataku..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...