AhLan..

19 April 2009

Hampir ke Situ .:Mendua:.

Aku sadar bukan mudah
untuk mengejar mimpi indah
pernah suatu ketika dulu ku punya harapan besar
kini aku tak pasti dapatkah ku milki..

sudah jauh..kita tempuh
kekalkanlah impian lalu
mungkin ada hikmah yang akan menunggu di penghujung jalan
biar nnti kecewa..setidak-tidaknya coba..

c/o jika..halangan menduga..perjalanan kita
janganlah kau putus asa
kerana..ku ada disisi setia menemani..
andai semangatmu gugur
genggamlah tanganku..
kita hampir ke situ..

adakala ku terasa
ketabahan tak setegar
tetapi apakan daya berhenti di separuh jalan
percayalah padaku..aku yakin kita mampu

biarlah org katakan rapuhnya harapan
bkn mereka tentukan lagi
kau ada aku dan aku punya kamu
amanlah akhirnya tetap bersama

jika..halangan menduka..perjalanan kita
janganlah kau putus asa..
kerana ku ada disisi
setia menemani
andai semangatmu gugur
gengamlah tanganku..
kita hampir ke situ..

12 April 2009

study week!!!



emmm..skrg dah mula study week..dlm proses kumpul2 nota.maklumlah byk berzikir dlm clas..jd byk bendalah tak tersalin.hee.sem ni..ada 5 papers. sumenya killers papers. Mmg tak bleh nk target lgsung..takut tak capai..merana nnti. Tp posting kali ni khas buat sume pensyarah2 jabatan sains sosial..terutamanya puan hafiah, dr norizan, prof hadi, cik wan nasir, cik wan taqwa, dr ramle, ustaz razali serta pensyarah2 dari jabatan lain, dr basri, ustaz aman daima dan dr fadzli adam. syukran jazilan atas segala tunjuk ajar dan halalkanlah ilmu yang telah diberikan selama ni..hehe.klu segala kenakalan kami sume dalam clas telah mengecilkan hati semua pensyarah..harap dimaafkan..berkat guru mesti kena jaga..mustajab doanya tu..hehe.

biasalah..semester 6 sn sosial, sumenya pening2 blaka..tak kena tempat,mmg tak reti diam.tangan n mulut sama naik..hehe..kat mana kami lepak,musti berjaya menyengetkan org.hak2. biarpun ngah byk masalah masa tu..muka tetap hepi n mulut ttp bising.hihihi.sabor je lah..(kata hati pensyarah2 sains sosial).mmg klas kita lain dari lain..pelik benar-kata bebudak kos lain.hee..tak pe lah..apa pun org nk kata..yg penting akhlak n siasah masih boleh dikawal. pe2 pun..mmg bestlah dengan korang. byk pekara yg kita dah lalui bersama..pengalaman buat kita lebih memahami sesama sendiri.

best of luck untuk semua kengkawan dan sahabat2.moga sem depan, kita boleh merasa naik pentas bersama2. study hard n study smart..dont give up! jgn lupa stok ruski tom yam n nescape kat blik..(ops boikot nescafe..radix pun ok ape)..maafkan segala salah n silapku..yg sengaja atau tidak..halalkan makan minum..terutama yg dah pow tp baru kabor.heheh. teristimewa utk yg tersyg-buat mak ayah..abg2 n akak2..minta maaf byk2..doakan kejayaan anakanda kat sini..huhu..


huhu.takutnya klu result jatuh..kompom kena pancung!errkk..tidakkk!!

semusim telah berlalu..


hehe..cuba tengok gambar ni betul2..so funny!tp ada byk makna yg tersirat..sy suka sgt tgok gmbar ni..dr segenap sudut..hehe..lagak bak superman..tp hanya berkain pelekat dan berkasut sukan lak tu..hehe..biar apa pun gaya..terbang tetap terbang..penuh asyik dan yakin..muka mesti confident. biarpun org ckap buruk n kelakar..hya diri je yg tau kemampuan diri sendiri.tp kannn..tak tau pdg sekolah mana yg jadi mangsa beliau.hak2.

hmm..lama dah tak smpat nk caghe ke blog ni..apatah lg friendster n Geni..sama je.sempat buka n baca je.huhu.tak tau apa yg disibukkan sgt tu. semusim bakal berlalu. rasa mcm baru semalam je sambut junior2..n baru semalam je pindah bilik..hmm..ni lah salah satu petanda akhir zaman. masa berlalu begitu cepat.

Allahuakbar..perjalanan yang telah berlalu musim ini memberi byk sgt kenangan n pengajaran..Allah menguji tanpa henti..setiap langkah n nafas itu dibawah takdirNya..buat sahabat2 n adik2 ku..hanya Allah je yang mampu balas segala pengorbanan..tak termampu dibalas jika hanya dengan lafaz terima kasih.

huluran tangan sahabat tak pernah berhenti ketika diri jatuh dan sukar untuk bangun semula. Jika kita memohon kekuatan hati..hati itulah yg Allah akan uji..dan jika kita memohon kekuatan perjuangan..langkah perjuangan itulah yang Allah akan terus uji..inilah bukti kasih sygNya..

semusim telah berlalu..bermakna..akan melalui musim yang baru pula..umur semakin meningkat. tangungjawab paling besar sedang menunggu di hadapan..tangungjawab terhadap mak ayah..tanggungjawab terhadap masyarakat..dan yang lebih penting tangunggjawab terhadap agama..tp yg mcm best skit, ialah tangungjawab terhadap keluarga baru..hak3..(hehe macam nk habis bljar pulok..pdhal lambat lg..saja buat2 perasan..hik2)

moga Allah memberi secebis kekuatan dalam meneruskan perjuangan n kehidupan..n moga juga Dia tidak berpaling dariku walau sesaat..aminn..



shahir..don't give up!

Manifestasi Keberanian


NUQMAN BIN MUQARRIN


Ketika pasukan muslimin yang berjumlah 30,000 orang sedang bersiap menghadapi tentera Parsi seramai 150,000 orang di Nahawand, Khalifah Umar al-Khattab bercadang melantik Nuqman sebagai panglima tertinggi pasukan Islam. ketika bertemu dengannya setelah solat berjemaah, Umar berkata : "aku ingin mengutusmu untuk suatu misi."

Nuqman segera menjawab : " Jika untuk mengumpulkan harta, aku menolak. Namun jika untuk jihad fi sabilillah..aku bersedia."


ABDULLAH BIN HUZAFAH


Abdullah bin Huzaifah al-Sahmi, seorang sahabat Nabi saw, diutus oleh Khalifah Umar dalam sebuah misi menawan kota Al-Qaisariah yang dijajah Kristian Rom. Pasukan Islam mengalami kekalahan, Abdullah bin Huzafah bersama ratusan tenteranya ditawan. Raja Rom yang mengetahui bahawa Abdullah ialah seorang sahabat Nabi, beliau segera memanggilnya lalu menawarkan sesuatu yang sangat menggiurkan : "mahukah kamu masuk agama Kristian dan aku akan memberikan kepada kamu setengah daripada kerajaanku?"

Abdullah bin Huzafah dengan tegas menolak dan berkata :"Andai kamu memberiku seluruh kerajaanmu bersama-sama kerajaan yang berada di tanah Arab sekalipun, aku tidak akan meninggalkan agamaku."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...